Babun buka pintu kereta larikan barang


Seekor babun membuka pintu dan melarikan beberapa barang dari sebuah kereta di pinggir Cape Town, Afrika Selatan kelmarin.

Babun itu yang merupakan sejenis beruk besar dilihat mengendong seekor anaknya semasa dia melarikan barang dari kereta milik Hendrik Raven.

Raven hanya memerhatikan gelagat babun itu tanpa melakukan sebarang tindak balas.

Babun itu melarikan makanan dan beg yang terdapat dalam kereta tersebut.

Sejumlah pekerja diupah sebagai pemantau babun bagi menghalang haiwan berkenaan memasuki kereta, rumah dan menyelongkar tong sampah.

Kumpulan pekerja itu menghabiskan masa dengan mengikuti pergerakan haiwan berkenaan di Semenanjung Cape untuk memastikan babun tidak berkelakuan tidak menyenangkan.

Para pelancong juga dinasihatkan supaya tidak memberikan makanan kepada haiwan itu.

Babun merupakan spesies yang dilindungi oleh undang-undang Afrika Selatan tetapi sikap haiwan itu yang mencari makan telah mencetuskan konflik dengan penduduk