Si tukang gunting segera berbisik kepada pelanggannya.
Tukang Gunting : Itulah budak paling bodoh di pekan ni. Awak tengok, saya akan buktikan nanti.
Pelanggan : Okay
Apabila budak itu masuk, si tukang gunting menghulurkan duit RM 10 dan RM 1....
Tukang Gunting : Yang mana satu kamu nak?
Budak : Yang ini (budak menunjuk pada RM 1)
Tukang gunting : Nah, ambillah. Dah, pergi main jauh-jauh.
Budak tu pun ambil RM 1 tadi dan terus berlalu.....
Tak lama kemudian, sejurus meninggalkan kedai gunting rambut tadi, si pelanggan ternampak budak tadi sedang menikmati aiskrim.
Dia menghampiri budak tadi dan bertanya...
Pelanggan : Nak, mengapa kamu ambil RM 1 dan bukannya RM 10 dari tukang gunting tadi?
Budak : (Sambil tersenyum)..Kalau saya ambil RM 10 tadi, dah tentu selepas ini dia tak akan cuba untuk buktikan kepada pelanggannya yang saya ni bodoh lagi. Hilanglah peluang peluang saya nak dapat duit percuma yang seterusnya...(jawabnya selamba)
P/S: Benda kecil jangan dianggap mudah...kadang2 memakan diri sendiri