Tips dan Keyakinan Menghadapi Temuduga



PENGENALAN

Kelulusan akademik bukanlah satu-satunya faktor penentu seseorang calon berjaya di dalam temuduga. sebaliknya,ada banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi samada faktor dalaman atau luaran. Antara faktor dalaman ialah seperti keyakinan diri,kebolehan berinteraksi dan sebagainya manakala faktor luaran seperti tatakelakuan,adab sopan, kekemasan diri dan banyak lagi.

PROSES PEMILIHAN

Proses pemilihan berbeza antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain. Perbezaan ini banyak bergantung pada saiz sesebuah organisasi. Semakin besar sesebuah organisasi, semakin terperinci proses temuduga dilaksanakan. Berbanding dengan organisasi sederahana atau kecil, temuduga dijalankan lebih kompleks. Walaupun berbeza proses pemilihan, matlamat masih sama iaitu memadamkan pekerja dengan pekerjaan yang sesuai.

CARTA PROSES PEMILIHAN
1) Calon-calon dalam pengambilan
2) Menilai borang calon
3) Ujian-ujian pemilihan
4) Temuduga
5) Semakan latar belakang
6) Keputusan pemilihan
7) Pemeriksaan fizikal
8 ) Pekerja lapor diri

1. Calon-calon dalam pengambilan
Amalan pengambilan adalah bertujuan untuk menarik minat sekumpulan pemohon pekerjaan supaya memohon sebarang kekosongan jawatan yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Di sini, berlaku proses pemilihan pekerja untuk menapis jumlah calon kepada calon yang benar-benar layak dan terpilih sahaja.

2. Menilai borang permohonan
Kebanyakkan organisasi memerlukan calon yang ingin memohon jawatan, mengisi borang permohonan. Borang ini memudahkan organisasi memperoleh maklumat yang berkaitan dengan calon tersebut. Borang yang lengkap diisi dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, berpotensi untuk dipanggil ke temuduga.

3. Ujian-ujian pemilihan
Ujian-ujian yang dijalankan semasa proses pemilihan memainkan peranan penting dalam mengenalpasti calon-calon yang benar-benar layak untuk sesuatu jawatan. Antara ujian yang dijalankan oleh organisasi di Malaysia ialah ujian kecergasan minda, ujian pengetahuan pekerjaan dan ujian personaliti.

4. Temuduga
Temuduga ialah kaedah yang paling penting yang biasa digunakan oleh kebanyakkan organisasi di Malaysia. Ini kerana melalui temuduga, organisasi amat berharap mereka dapat mengenali perwatakan dan keupayaan calon yang sebenar bagi menentukan kesesuaian dengan pekerjaan yang dipohonnya.

5. Semakan latar belakang
Organisasi akan membuat keputusan pemilihan awal setelah proses temuduga dijalankan. Calon-calon yang berjaya melepasi temuduga, perlu melalui satu proses lagi sebelum keputusan akhir dibuat. Proses tersebut ialah semakan latar belakang dan rujukan calon. Antara eleman yang biasa disemak ialah pengalaman kerja, pendidikan, rekod jenayah, dan laporan penilai.

6. Keputusan pemilihan
Calon yang berjaya akan dihubungi melalui talian telefon atau surat. Biasanya organisasi di Malaysia menghantar surat terus kepada calon yang berjaya. Antara perkara utama yang terkandung dalam surat tawaran ialah:
1. Pampasan dan faedah
2. Syarat-syarat tawaran
3. Tarikh melaporkan diri
4. Tangga gaji

7. Pemeriksaan fizikal
Calon yang menerima tawaran pekerjaan tersebut diminta untuk melakukan pemeriksaan perubatan di hospital kerajaan atau swasta. Tujuan utama pemeriksaan perubatan adalah untuk memastikan bahawa calon dalam keadaan sihat sebelum memulakan pekerjaan dengan organisasi baru.

8. Lapor diri
Calon akan melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan. Kebiasaannya, pekerja baru akan menjalani kursus induksi yang dijalankan oleh organisasi. Induksi penting untuk memperkenalkan budaya kerja kepada pekerja baru. Antara perkara utama yang diperkenalkan ialah polisi syarikat, peraturan, matlamat, visi, pembangunan kerjaya dan tanggungjawab pekerja.

TEMUDUGA PEKERJAAN
Tujuan utama temuduga sebenarnya ialah bukan untuk melihat tentang kelayakan akedemik calon, tetapi bertujuan untuk menilai kebolehan calon dalam berkomunikasi, perwatakan calon, dan pengetahuan. Calon yang dipanggil untk ditemu duga, bolehlah dikatakan telah layak dari segi akademiknya. Temuduga boleh dibahagikan kepada tida bahagian:


1) Perancangan Penemuduga
Sebelum temuduga dijalankan, pihak organisasi akan memastikan agar matlamat temu duga tercapai dan hanya calon yang terbaik akan dipilih.
  • Menilai latar belakang calonPanel menemuduga akan menilai calon dari segi pendidikan dan latar belakang. Ini bermakna, calon perlu bersedia dengan soalan yang akan ditanya berdasarkan semakan daripada pendidikan dan pengalaman calon.
  • Mengemukan soalan yang berkaitan dengan gelagat kerja yang dipohon
    Panel biasanya akan bertanya soalan yang memerlukan calon memberi jawapan dalam bentuk huraian. Contohnya, jika calon untuk jawatan pengurus pemasaran, soalan yang ditanya ialah “ apakah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kadar jualan barangan?”.
  • Mengemukan soalan yang tidak formal
    Panel kadang-kadang akan bertanya pendapat calon tentang sesuatu isu yang di luar skop jawatan. Umpamanya, tentang isu-isu semasa. Calon akan dinilai sejauh manakan kepekaan dan pengetahuan tentang hal tersebut. Kegagalan memberikan jawapan yang baik akan memberi persepsi negatif kepada para panel.
  • Huraikan tentang kerja dan organisasiCalon biasanya diminta menghuraikan serba-sedikit tentang kerja yang bakal dilakukan untuk menguji pemahaman calon terhadap jawatan yang dipohon. Panel juga biasanya akan menduga pengetahuan calon tentang organisasi yang dipohon seperti jawatan-jawatan utama, dan misi dan visi organisasi.
2) Sesi Temuduga 
Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa temuduga dijalankan ialah:
  • Perwatakan/penampilan
    Penampilan calon akan dinilai bermula calon masuk ke bilik temuduga. Antaranya termasuklah kekemasan diri, cara berpakaian, bahasa badan, keyakinan diri. Penampilan ini menggambarkan personaliti calon dan ia memberi persepsi pertama kepada penemuduga. Persepsi pertama yang baik akan memberi kelebihan kepada calon tersebut.
  • BerkomunikasiCalon perlu membina suasana yang rapat dan mesra dengan ahli panel. Suasana ini perlu dibina bagi memecah suasana formal yang akan membuatkan komunikasi berjalan dalam keadaan tegang dan segan. Kemesraan ini memberi keselesaan kepada calon dan menghilangkan kegugupan, lalu calon mampu menjawab soalan dengan baik dan teratur.
  • Kelayakan akademik dan pengalamanSemasa sesi temuduga dijalankan, panel biasanya akan menyemak dan meneliti lebih terperinci tentang kelayakan akademik dan pengalaman calon. Ini untuk memastikan calon tersebut benar-benar sesuai dengan jawatan yang akan dipegangnya.
  • Kesesuaian calon dengan organisasiSemasa sesi temuduga, panel dapat menilai kesesuaian calon dengan organisasi tersebut. Ini dapat dilakukan melalui pertanyaan soalan-soalan yang berkaitan dengan gelagat kerja yang dipohon. Ahli panel yang bijak akan dapat mengesan dan mengenal pasti calon dan seterusnya membuat keputusan pemilihan.
3) Kaedah temuduga
Temuduga akan dikendalikan dengan beberapa kaedah, bergantung pada jenis jawatan yang dipohon. Antara kaedah yang biasa digunakan ialah temuduga seorang dengan seorang, temuduga berkumpulan dan temuduga panel.

  • Temuduga seorang dengan seorang Kaedah ini biasanya digunakan untuk jawatan yang menjurus kepada bukan pengurusan seperti kerani, jurutaip, operator pengeluaran atau juruteknik.
  • Temuduga berkumpulanKaedah ini digunakan apabila terdapat ramai calon yang berkelayakan
  • Temuduga panel (board interview)Kaedah ini mejuruk kepada seorang calon ditemuduga oleh beberapa orang wakil organisasi. Sesi temuduga sebegini memberi lebih tekanan kepada calon kerana terpaksa berhadapan dengan panel penemuduga secara berseorangan. Calon harus bijak mengawal suasana dan diri walaupun dalam keadaan tidak selesa. Jawatan yang dipohon bagi temuduga sebegini biasanya ialah jawatan profesional seperti jurutera, pensyarah, dan guru.

PENDEKATAN TEMUDUGA
Terdapat dua jenis temuduga iaitu temuduga individu dan temuduga kumpulan.
4 jenis pendekatan temuduga yang sering dilakukan ketika ini ialah:

1. TEMUDUGA BERASASKAN KELAKUAN ###Untuk melihat tingkah laku,gelagat dan perwatakan sebenar calon.
2. TEMUDUGA BERASAKAN KEPADA ISU
###Kemampuan calon,mengupas dan menyelesaikan isu-isu dikemukakan.
3. TEMUDUGA BERASASKAN KUMPULAN###Untuk mencungkil bakat-bakat kepimpinan dan kerja berkumpulan.
4. TEMUDUGA BERASASKAN TEKANAN STRESS###Untuk melihat ketahanan diri calon dalam situasi–situasi yang tertentu.

Tips menulis surat permohonan
 Ciri-ciri surat permohonan yang baik.
1 Ringkas ,padat dan tepat
2 Nyatakan secara jelas jawatan yang dipohon
3 Tunjukkan minat anda untuk menjadi sebahagian mereka.
4 Nyatakan secara ringkas tempat kerja ,jawatan dan tugas yang anda lakukan sekarang (jika sedang bekerja).Jika belum bekerja,nyatakan tahap pendidikan dan kelulusan professional anda.
5 Yakinkan bakal majikan bahawa nada berkelayakan dan berkebolehan untuk menjalankan tugas yang ditawarkan.
6 Nyatakan dimana anda boleh dihubungi dengan memberikan nombor telefon anda sama ada pejabat ,rumah atau telefon bimbit.
7 Lampirkan resume.

TIPS-TIPS TEMUDUGA
 Ada beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum menghadiri sesuatu sesi temuduga:
1. Kenalpasti sebanyak mungkin berkenaan kehendak majikan.
2. Selidik profil syarikat dan panel penemuduga.
3. Buat persediaan berhubung soalan-soalan yang berkemungkinan ditanya berhubung dengan jawatan yang dipohon.
4. Latihan tubi soalan-soalan tersebut dengan jawapan-jawapan yang tepat dan munasabah.
5. Jika anda mempunyai masa untuk melakukan latihan temuduga ,lakukannya.
6. Jika anda mempunyai peluang untuk dirakamkan,lakukannya.
7. Jangan berlatih menghafal segala soalan-soalan yang disediakan didalam buku secara bulat-bulat.
8. Kebolehan yang boleh ditukar milik;Pastikan bahawa anda menyatakan dengan terang mengenai kebolehan yang boleh ditukar milik serta contoh dan bukti pelaksanaannya. 


FAKTOR YANG MENGAGALKAN TEMUDUGA

Persiapan menghadiri temuduga
## Tidak membuat kajian dan pembacaan yang teliti berkaitan dengan jabatan atau syarikat yang dipohon.
## Tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap jawatan yang dipohon. Jika gagal pun tidak mengapa.
##Tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon

Sikap semasa temuduga
##Gagal menunjukkan keterampilan diri yang baik.
##Gagal berkomunikasi dengan baik dan gagal menyusun idea semasa menjawab soalan. ##Tidak menunjukkan rasa hormat kepada ahli panel dalam pertuturan dan perlakuan.
##Penampilan diri termasuk cara berpakaian yang kurang sopan.

PENYELIDIKAN
 Setiap calon mesti membuat penyelidikan tentang syarikat berkenaan kerana persoalan mengenai syarikat pasti ditanya.Pada kebiasaannya dalam sesi temuduga ,soalan wajib yang hamper pasti ditanya ialah:
“Apakah yang anda tahu tentang syarikat ini?”
Malah sekiranya tidak ditanya soalan tersebut,anda seharusnya memberitahu panel temuduga tentang pengetahuan anda terhadap syarikat tersebut.

Ada beberapa cara untuk anda menyelidikan atau mendapatkan maklumat sesebuah syarikat.Antaranya:
1. Melalui laporan tahunan syarikat.
2. Melalui rakan atau kenalan yang bekerja di syarikat tersebut.
3. Melalui pelanggan dan pembekal yang berurusan dengan syarikat.
4. Melalui perpustakan :cetakan dan kemudahan internet.
Bagi memastikan anda tiba awal untuk sesi temuduga beberapa TINDAKAN perlu diambil.Antaranya:1. Pastikan anda mengenalpasti lokasi syarikat.
2. Jika anda tidak biasa dengan lokasi syarikat,dapatkan panduan direktori dan bantuan peta lokasi.
3. Internet adalah satu sumber yang dapat membantu anda mengenalpasti lokasi syarikat.
4. Benarkan sedekit masa untuk tersesat atau terperangkap di dalam kesesakan trafik dan untuk mencari ruang letak kereta.Dengan erti kata lain, jangan tiba terlalu awal.Jika lokasi temuduga anda berada sangat berhampiran dengan kediaman anda,gunakan masa dengan berkesan.

Bagaimana kod pakaian anda ketika menghadiri sesi temuduga?
Ketika menghadiri temuduga pastikan anda mengenakan pakaian yang sesuai cara berpakaian jenis pakaian ketika menghadiri sesi temuduga juga boleh menjadi penentu kejayaan anda dalam sesi temuduga .Oleh itu banyak yang telah memperkatakan tentang konsep“Berpakaian untuk kejayaan”.

Disini dinyatakan beberapa perkara berkaitan cara pemakaian.

Yang tidak elok untuk kedua pihak iaitu calon temuduga dan panel penemuduga:
##Tindik telinga atau badan yang mudah dilihat. 
##Tatoo atau menanda badan secara kekal dan mudah dilihat 
##Pemakaian pewangi secara berlebihan.

Yang tidak elok untuk lelaki:
## Warna pakaian (Hitam,Merah dan Berwarna-warni)
##Jenis pakaian (Jeans,t-shirt dll)
##Jenis tali leher (Warna tidak sepadan dengan pemakaian)
Yang tidak elok untuk wanita:
##Pakaian yang menjolok mata atau seperti lelaki.
##Pemakaian warna kain tudung yang tidak sesuai.
## Warna pakaian yang garang/striking.

Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri.Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.
Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga
Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :
1. Kebolehan berkomunikasi yang baik
2. Mempunyai kelayakan yang relevan
3. Bersemangat
4. Berinisiatif
5. Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
6. Berwatakan Menarik

TATACARA BERTEMU PENEMUDUGA
Ketika masuk ke bilik ,ada beberapa cara yang betul untuk mengucapkan selamat bertemu dan bersalaman dengan panel penemuduga.
1) Bangun dan berdiri tegak,kemudian hulurkan tangan dan berjabat salam bersama panel penemuduga.
2) Berjabat salam secara lembut tetapi tegas.
3) JANGAN sesekali berjabat salam secara longai dan tidak bertenaga.
4) Berikan senyuman yang ringkas dan menarik.

Ucapkan
“Selamat Pagi,Gembira dapat bertemu tuan/puan………,” dan akhiri dengan “Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi salah seorang calon temuduga syarikat tuan…..” 

Ketika temuduga berlangsung,gunakan masa dengan cara yang bijak untuk memperkenalkan diri anda dan seterusnya mewujudkan keserasian.
1) Untuk tujuan ini,anda perlu pantas mencari topik-topik yang disukai oleh panel penemuduga.
2) Caranya ialah dengan memerhatikan keadaan sekeliling bilik temuduga atau gaya panel penemuduga untuk mendapatkan sedikit gambaran mengenai topik yang disukai.
3) Jangan lupa untuk membawa bersama salinan resume ketika menghadiri temuduga.

ANTARA 5 PERKARA YANG MUNGKIN DITANYA BERKAITAN DENGAN CALON:
1. Penguasaan bahasa kedua.
2. Perkara terbaik yang pernah dilakukan atau dicapai.
3. Kemahiran-kemahiran teknikal yang ada pada calon.
4. Bentuk personaliti yang perlu ada (imej positif).
5. Pengetahuan am.

Perkara yang penting perlu dilakukan oleh calon semasa menghadiri sesi temuduga:
1)    PERTENTANGAN MATA
Ø Pastikan anda sentiasa bertentangan mata secara berhadapan dengan panel penemuduga.
Ø Jangan memperlekehkan panel-panel yang lain.
Ø Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentangan mata dengan panel penemuduga.
Ø Jangan sesekali melihat ke bawah.
Ø Sekiranya mendapati terlalu sukar untuk bertentangan mata dengan panel,cuba sedaya mungkin untuk memerhatikan hidung panel penemuduga tersebut.

2)   EKSPERISI MUKA
Ø Perlu berwajah tenang dan sedikit senyuman.

3) EKSPERISI BADAN
Ø Duduk dengan tegak.
Ø Duduk dibahagian hujung kerusi untuk menunjukkan keperihatinan anda untuk mendapatkan jawapan yang ditawarkan.

Selain itu, ada beberapa perkara yang tidak baik serta tidak patut dilakukan berhubung pergerakan badan yang boleh mengagalkan setiap sesi temuduga. Antaranya:
  • Jawapan secara bersahaja seperti “a ah” dan sebagainya.
  • Bercakap secara terlalu lembut dan terlalu perlahan.
  • Memegang muka,mulut dan mengeliatkan kepala.
  • Berpeluh secara berlebihan.
  • Merokok.
  • Mengunyah gula-gula getah .
  • Mengoyangkan kaki dan bersilang kaki.
  • Bermain dengan pensil atau pen.
  • Bersiul.
  • Menjegilkan mata.
  • Mengunakan loghat ketika menjawab.
  • Mengusik-usik rambut.
  • Memotong percakapan panel penemuduga.
  •  
Perkara yang menjelikkan penemuduga
Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
  • Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
  • Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
  • Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
  • Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
  • Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
  • Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
Kawal emosi semasa temuduga
Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah :
  • Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
  • Jawab dengan jelas dan lantang
  • Kikiskan sifat ego anda
  • Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
  • Banyakkan senyuman
  • Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
  • Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan
  • Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.
Nilaikan diri anda

Sebelum anda menghadiri temuduga, anda seharusnya sudah dapat menilai diri anda sendiri sebelum dinilaikan oleh penemuduga.Anda perlu melihat diri anda dari segi:-
  • Kelebihan diri sendiri
  • Personaliti
  • Pencapaian Akademik dan Pekerjaan
  • Kekuatan dan kelemahan
  • Persepsi
  • Pengetahuan Am
  • Pengalaman Kerja
Kebanyakkan soalan penemuduga berkisar kepada aspek-aspek diatas. Cuba selami diri anda, dan senaraikan butir-butir tersebut, kenalpasti kelemahan anda dan cuba perbaikinya sebelum menghadiri temuduga. Ini dapat memastikan anda dapat menjawab soalan penemuduga dengan lebih yakin dan positif.