Penemuan menarik air zam-zam!!

Penemuan menarik air zam-zam
Tidak banyak yang mengetahui bagaimana telaga zam-zam mampu mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan tidak pernah kering walaupun sekali.Pernah satu ketika seorang ilmuwan diperintahkan oleh Raja Faisal untuk menyelidik dan mengkaji telaga zam-zam untuk menjawab tuduhan liar dari seorang doktor dari Mesir mengenai air Zam zam yang konon nya tidak selamat untuk di minum.




BERAPA JUTA LITER AIR ZAM-ZAM?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara purata, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelosok dunia pada setiap musim haji dewasa ini di anggar kan berjumlah lebih kurang dua juta orang.Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah air masing-masing, jika 2 juta orang membawa pulang masing- masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini saja sudah menjadi 10 juta liter.Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakann jemaah yang tinggal selama 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!

KEANEHAN AIR ZAM-ZAM.
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada media di Eropah bahwa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.Pendapatnya berdasarkan teori bahawa kota Mekah berada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian terwap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam. Masya Allah, tuduhan yang tak bernilai apapun dan tidak berasas.



Penemuan menarik air zam-zam


Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudiannya memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki khabar ini dan menghantar contoh air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.



Penemuan menarik air zam-zam


Tariq Hussain adalah seorang pakar kimia yang bekerja di Institut Peresapan Air Laut untuk air minum di Jeddah, telah ditugaskan untuk menyelidikinya.Pada awal penugasan nya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seolah-olah tidak ada hadnya.Ketika sampai di dalam telaga itu, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan gelen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.Penyelidikan ini menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan sumber air yang lain atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.Dia berfikir mungkin saja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang dapat mendatangkan air dalam jumlah besar.



Penemuan menarik air zam-zam


Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam setempat sambil memperhati dengan teliti sekelilingnya.Dia mengarah kan pembantu nya agar memerhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.

Lalu pembantunya diminta berputar mengelilingi telaga ketika tiba masa penghisapan air oleh pengepam air untuk keluarkan air bagi menyukat air nya . Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga tetap sama paras nya seperti sebelum pengepaman.Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan,ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.

MENGANDUNGI ZAT ANTI KUMAN

Hasil penyelidikan contoh air zam zam di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium. Ternyata kandungan kedua mineral itu lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil dan sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga dan terpelihara, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.



Penemuan menarik air zam-zam


BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT.

Nabi saw menjelaskan:
”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi khasiat”.
Nabi saw menambahkan:
“Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.

(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (saw) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zam zam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeda dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.

1.Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan.

2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Juga menakjubkan adalah, tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman dan bersih.

4.Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap mengeluarkan air. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqih mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negara masing-masing kerana air zam-zam dapat di jadikan ikhtiar penawar untuk penyembuhan.

Ini terbukti !!! jemaah dari negara umat Islam maupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.



Penemuan menarik air zam-zam



pautan:
-Dunia Maklumat-
-EraMuslim[dot]com-