Pemilik Matahari



pemilik-matahari-Sepanyol-Galicia-Angeles-Duran

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Tajuk hari ini berkenaan patent. Kalau dalam entri yang lepas, kami ada bercerita tentang Eung-Oh milik Malaysia atau Thailand dan satu lagi entri tentang makanan yang dipatenkan malaysia agar negara jiran tidak mencurinya. 



Entri kali ini adalah berkenaan dengan matahari pula. Pernah tak kawan-kawan terfikir untuk memiliki matahari? Meletakkan nama kawan-kawan sebagai pemilik matahari? Haaa...mesti tak pernah kan? Setelah berjuta-juta tahun, akhirnya Matahari menjadi pemilik seorang perempuan dari wilayah lembab di Sepanyol.


Angeles Duran (49) mengatakan dia telah mendaftarkan planet itu di mahkamah setempat sebagai harta bendanya. Angeles Duran  mengatakan  dia melakukan tindakan tersebut pada September 2012, setelah dia membaca mengenai seorang lelaki Amerika yang telah mendaftarkan dirinya sebagai pemilik Bulan dan sebahagian besar planet di Galaksi Bimasakti. 



pemilik-matahari-Sepanyol-Galicia-Angeles-Duran


Dengan berbekal surat yang dibuat mahkahmah, Angeles Duran secara rasmi mengkukuhkan diri sebagai pemilik matahari.

Memang ada kesepakatan antarabangsa yang menyatakan tak ada negara yang boleh mengatakan memiliki atas satu planet atau bintang pun, tapi kesepakatan itu tak menyebut-nyebut mengenai perseorangan, kata Angeles Duran. “Tak ada penghalang, saya membuatnya  secara hukum, saya tidak bodoh, saya tahu hukum. Saya melakukan itu tapi orang lain juga dapat melakukannya, itu cuma berlaku buat aku sebagai yang pertama.”


Dokumen yang dikeluarkan tersebut menyatakan Angeles Duran sebagai “pemilik Matahari, satu bintang jenis G2, yang berada di pusat Sistem Tata Surya, dan dari Bumi berada dalam jarak sekitar 149.600.000 kilometer"


Ayat yang paling kami menyampah dengar adalah Angeles Duran mengatakan dia sekarang ingin mengenakan bayaran buat siapa sahaja yang menggunakan Matahari dan memberi separuh dari hasilnya kepada pemerintah Sepanyol.





pemilik matahari, Sepanyol, Galicia , Angeles Duran


So sesiapa yang ada cadangan untuk mematenkan pemilik jupiter, mars, pluto, atau segala planet yang belum dijumpai, sila lah buat demikian dan boleh jadi kaya raya selepas 1000 tahun kelak. Huhu..Kami ini 
pula cuma pemilik motor vespa tepi jalan!!! Ni haaa ada geran and roadtax! Bubye...