Assalamualaikum dan selamat malam
kepada semua pembaca blog. Topik hari ini agak hangat sedikit dan sesuai
untuk bacaan umum..so sesiapa yang rasa below 18 tu...ehem-ehem la k (sila klik untuk keluar ke infoaday) . Tajuk kali ini kami rumuskan dari majalah PaMa iaitu rekod atas ranjang, berapa minit?. Wuish...lama-lama blog ni jadi blog 18++ karang! Huhu. Takde ah..belum lagi..kategori post lain lagi banyak dari kategori yang ni. So mari kita tenok apa yang aku nak tulis dari PaMa ni.
1. Ada yang mungkin menjawab sejam, setengah jam atau mungkin juga 15 minit. Sememangnya jawapan sebegini sudah dijangkakan. Tempoh masa melakukan hubungan seks suami isteri sememangnya berbeza. Sebenarnya berapa lamakah tempoh waktu untuk melakukan hubungan sxxx? Cukupkan 1 jam , 2 jam, 3 jam , setengah jam atau kurang?
2. Jika tempoh masa ideal melakukan
hubungan sxxx 1 jam atau lebih pastinya ramai yang tidak sanggup.
Kepenatan bekerja, menguruskan rumah tangga, tentu membuatkan ramai yang tak
rela menyerah diri kepada pasangan . Apatah lagi zaman sekarang bukan lagi suami
yang bekerja, bahkan isteri pun sama-sama bekerja bagi meringankan bebanan
ekonomi keluarga.
Asal Masing-Masing Puas
3. Menurut kajian yang dilakukan oleh pusat
kesihatan di Amerika Syarikat, rata-rata pasangan suami isteri melakukan
hubungan seksual sekitar tempoh setengah jam. Tempoh setengah jam atau
kurang dari itu , dikatakan sudah cukup memadai dan ideal untuk melakukan
hubungan seksual. Kajian ini juga disokong oleh pendapat pakar seksologi yang
menyatakan bahawa , hubungan sxxx sebenarnya tidak memerlukan waktu yang lama.
Paling penting ialah kualiti hubungan sxxx dan bukannya kuantiti masa yang
lama.
Ingat tu! Kualiti yang penting, bukan kuantiti!
4. Bagaimanapun masih ramai yang tidak percaya
bahawa hubungan sxxx itu masih boleh dinikmati dalam masa 30 minit. Hubungan
sesingkat itu dikatakan tidak boleh memberikan kepuasan kepada pasangan dan
dianggap sebagai sxxx yang tidak sihat. Ia sekadar hanya untuk melaksanakan
kewajipan dan tidak lebih dari itu.
5. Sebenarnya berlaku kekeliruan disini. Hubungan
seks yang dilakukan kurang dari setengah jam sudah cukup untuk
membuatkan isteri / pasangan berasa puas. Sekiranya kepuasan seksual tidak
mampu diraih dalam waktu kurang dari setengah jam, ia menandakan bahawa baik
suami atau isteri menghadapi masalah dalam menikmati
sxxx .
6. Rangsangan yang mencukupi buat pasangan
membolehkan seseorang itu mendapat kepuasan
sxxx dalam masa yang singkat.
kecuali jika suami ataupun isteri mempunyai masalah dingin
sxxx , mati
pucuk dan masalah seksual yang lain.
7. Bagi setiap hubungan
sxxx yang dilakukan,
pasangan suami isteri sudah mampu mencapai kepuasannya dalam masa
kurang 30 minit . Wanita atau isteri pula harus mendapat orgasma dalam
masa kurang 30 minit. Jika tidak maka ada sesuatu yang tidak kena pada diri
atau hubungan seksual yang dilakukan.. untuk itu raihlah orgasma anda dalam
waktu kurang dari 30 minit.
Ereksi Pagi Tanda Suami Sihat
8. Sebahagian besar lelaki akan
mengalami ereksi di pagi hari meskipun tidak dirangsang oleh isteri.
Jangan menganggap ada yang tidak kena, dan jangan risaukan perkara tersebut.
Itu menunjukkan suami anda sihat. Pakar mengungkap bahawa ereksi dipagi hari
merupakan petanda bahawa hormon
sxxx iaitu testosteron yang
dikeluarkan dimalam hari masih tersisa dipagi hari. Bersyukurlah suami anda
masih mempunyai hormon ini.
9. Ini kerana hormon inilah yang membuatkan golongan
lelaki ghairah secara seksual. Jika hormonj ini kurang, ghairah juga
secara automatik akan menurun, kemampuan ereksi pun surut dan suami juga
mungkin tidak mencapai tahap kesihatan yang optimum. Kekurangan hormon tersebut
disebut hipogonadis. Selain ghairah
sxxx akan menurun, kualiti hidup juga
akan berkurangan secara keseluruhan. Disamping penyakit yang banyak mendekati
diri suami.
Haa..hangat tak topik hari ini? Janji kedua orang puas, dan jangan lama sangat..huhu..bubey..