Solat Sunat Nikah Untuk Pengantin Baru


Solat-Sunat-Nikah-Untuk-Pengantin-Baru



Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua, dalam entri yang lepas kami telah bercerita tentang teknik urutan dada wanita bagi pasangan yang bakal berkahwin. Kali ini pula kami teringat tentang solat sunat nikah. Kalau yang nak melangsungkan majlis perkahwinan dalam masa terdekat, elok sangat lah  baca entri kami ini.

Setiap bangsa atau kaum di muka bumi ini mempunyai amalan tertentu yang diwarisi secara turun-termurun dari nenek moyang mereka. Bangsa melayu tidak terkecuali dari kenyataan ini mengenai adat. Dalam soal nikah kahwin, bangsa melayu mempunyai satu adat yang khusus.

Sekiranya adat kebiasaan itu agak berlawanan dengan syarak, maka sebaiknya adat itu diketepikan. Lebih-lebih lagi apabila adat itu secara terang-terang melanggar hukum syarak. Oleh kerana kebanyakkan orang melayu di negara ini beragama islam, maka perkara ini perlu diambil perhatian utama.

Kebiasaannya, setelah selesai upacara akad nikah, pengantin lelaki dibawa bertemu perempuan yang yang telah sah menjadi isterinya untuk "upacara membatalkan air sembahyang."

Syaitan sentiasa berusaha menghalang orang-orang mukmin menjalin hubungan lelaki dan perempuan secara sah. Apabila halangan syaitan itu berjaya ditempuhi maka sepatutnya kita melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah swt yang telah memberikan pimpinan dan pertolongan dalam melayari bahtera perkahwinan. Tiada cara terbaik bagi pasangan yang baru melepasi halangan syaitan itu selain menunaikan solat sunat 2 rakaat. Inilah sepatutnya yang menjadi adat istiadat kita setelah selesai upacara akad nikah.

Bunyi upacara membatal air sembahyang itu sendiri sudah mempunyai tanggapan atau nilai yang tidak baik. Maka baiklah solat sunat nikah ini mengambil alih tempat adat yang tidak elok itu.

Solat sunat nikah sama caranya dengan solat sunat mutlak dari segi praktikal atau gerak lakunya. Cuma ia dibezakan dengan niatnya,

Lafaz niatnya solat sunat nikah ialah : 


"Usoli sunata nikahi raka'atani lilahi ta'ala " 

Maksudnya : Sahaja aku solat nikah dua rakaat kerana Allah Taala


Bacaaan Surah Selepas Surah Al-Fatihah: 

Rakaat 1- Surah Al-Kafiruun
Rakaat 2- Surah Al-Ikhlas

Apabila selesai mengerjakan solat sunat nikah ini dengan tertib dan sempurna, maka berdoalah kepada Allah swt dengan sebarang doa yang dikehendaki serta mengucapkan syukur kepadaNya, pencipta manusia , iaitu adam dan hawa.


Sumber Rujukan :

Buku Himpunan 75 Solat-Solat Sunat 
Thanks to mselim3


Artikel menarik lain: