Asslamualaikum dan selamat pagi semua.Post kali ini adalah tentang cara menjaga alat sulit lelaki.
Organ reporduktif lelaki atau Zakar adalah ibarat ‘nyawa’ bagi seseorang lelaki untuk meneruskan kehidupan normal dan bahagia.
Biarpun begitu, tidak ramai yang prihatin dan sentiasa teruja untuk memastikan ‘zakar’ mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat serta bebas dari ancaman kanser.
Lelaki sering berfikiran negatif dan enggan memandang berat tentang masalah organ reproduktif atau zakar hanya kerana rasa malu, tercabar dan bimbang bila mendapati nilai kelelakian meretak bermasalah.
Apatah lagi apabila masalah yang dialami turut diketahui teman-teman, saudara mara mahupun pasangan, sudah tentu ianya akan menjadikan kehidupan seseorang lelaki satu ‘trauma; yang amat menakutkan. Justeru bagi anda yang ingin memastikan kesihatan dan keselamatan alat reproduktif anda sentiasa sihat dan selamat daripada ancaman kanser.
Anda boleh mengujinya sendiri dirumah dengan kaedah dan teknik yang betul dan terbukti berkesan menerusi kaedah permeriksaan sendiri testis atau pst. bagaimana cara menyelamatkkan ia?
Apa itu testis zakar?
* testis zakar adalah organ reproduktif lelaki yang mengeluarkan hormon testosteron yang memberikan seorang lelaki ciri-ciri kelelakian
* testis zakar terletak dialam kerandut yang dipanggil skrotum dibawah zakar.
* bentuk testis adalah bujur dan rasa licin dan kenyal apabila disentuh dengan tangan.
Siapa perlu melakukan pst?
Kaedah perngesanan awal kanser testis atau pst disyorkan kepada semua lelaki berusia 20 tahun ke 35 tahun.
Berapa kali pst perlu dilakukan?Pst perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. pemantauan sekerap mungkin membolehkan persediaan atau rawatan dibuat lebih awal apabila seseorang lelaki didapati mengalamai masalah berkaitan dengan organ reproduktifnya.
Bagaimana melakukannya?
* Mandi air panas agar sktrotum atau kerandut berada dalam keadaan lembut. keadaan begini memudahkan pemeriksaan.
* Berdiri dihadapan cermin dan periksa bahagian kulit disekitar sktrotum kanan dengan mengampukan menggunakan tangan kanan
* Jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibawah testis kanan manakala ibu jari di bahagian atas testis
* Rasa testis mengunakan jari-jari tersebut, beri perhatian terhadap perubahan saiz dan kehadiran ketulan yang tidak normal.
* Lakukan pemeriksaan yang serupa pada testis dan sktrotum di sebelah kiri.
kredit to kongsi berita