Izwan, isteri dan anak-anak



Selepas makan, isteri Izwan dan anak perempuannya bersama-sama membasuh pinggan di dapur, manakala Izwan dan anak lelakinya sedang menonton TV di ruang tamu. 

Tiba-tiba, terdengar bunyi pinggan pecah dari arah dapur, kemudian senyap. 

Izwan melihat anak lelakinya dan berkata, “Pasti ibu yang memecahkan pinggan itu.” 

“Bagaimana ayah tahu?” tanya anaknya. 

“Kerana tidak dengar suara dia memarahi orang lain” jawab Izwan.

 

Moral of the story – Kita semua sudah biasa menggunakan standard yang berbeza melihat orang lain dan memandang diri sendiri. Sehingga kita selalu menuntut orang lain membuat sesuatu dengan serius, tetapi penuh toleransi jika terkena diri sendiri.


Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by