Di suatu kawasan pedalaman di Pahang, seorang penternak yang
mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan
meninggalkan seorang janda yang masih muda, seksi dan cantik, namanya Siti.
Siti membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan
mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran
yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk
mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan
mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di
rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya
berada di belakang rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon
pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada
sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi,
Siti terpaksa memilih salah seorang dari mereka.
Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Siti memilih si pondan,
bernama Man untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih
selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.
Minggu demi minggu berlalu. Man telah melakukan tugasnya dengan
penuh tekun dan rajin. Man kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam
untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya
dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.
Gembiralah si janda
muda Siti ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si Man ni, Siti pun
berkata kepada Man, "Man, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang
ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan
berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Man, dan pada
suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah malam, Man tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1
tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Man pulang kerumah.
Sampai ke rumah, didapati Siti sedang menunggunya sambil duduk di sofa
berhampiran Tv.
Siti menghampiri Man perlahan....
"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Siti.
Man dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang
terkejut,melakukan apa yang diarahkan.
"Sekarang, buka kasut ku."
Man buat, perlahan sekali.
"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.
"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.
"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.
"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.
Kemudian, Siti pun memandang Man, sambil berkata...
"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku
pecat kau on the spot."