Ada sekali tu ketua kampung orang
asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka
dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut
di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat
jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana
menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum
jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat
halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun
menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam
tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah
dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah
tempat bateri tu... beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak
buahnya.
"OOOO... patutlah tak jalan drebarnya dah mati
tershepittttt... .!!"