Orang Gila Menasihati Orang Gila



Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya.
Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas
hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjat satu tiang lampu
yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan
mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah
hospital, "Mat!! Turun Mat nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun
juga.

Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong
tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan
gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Mat tidak
bergerak pun untuk turun. Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun
Mat!"teriak seorang sarjan polis, kalau engkau tak turun nanti kami
bom tiang ini dan engkau akan mati!!Turun Mat!. Mat tidak turun-turun
juga.

Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman
Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu.
"Man!Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang
lampu"Tolonglah Man ya!
Jawab Man"Ohhh!!!Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu
itu.

Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man! Man nak pilih
alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. "Ahh!Man nak
gergaji!" Baiklah! Ambillah gergaji itu.

Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang
lampu itu. Man pun berteriak, Hoi Mat!!! Hang turun, kalau hang tak
turun aku tebang tiang lampu ni!! Hang turun lekas!!
Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang
itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas
hospital.

Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila
Man yang suruh sedangkan bomba dan polis suruh Mat tak turun?

Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat!Tapi Man ni
apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!"