Pages

Cara Bezakan Ais Dari Air Masak Dan Air Mentah


Korang mesti selalu minum air yang berais kan? memang sedap terutama dapat minum ketika panas terik..huhu, tapi kadangkala ramai yang tak ambil berat tentang jenis ais tersebut, adakahais tersebut dari air yang dimasak terlebih dahulu atau dari air mentah? haa, meh kita tengok perbezaannya, dipetik dari forum Cari


Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.


Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.