Pages

Pakaian tak cukup kain artis korea Part 3





Assalamualaikum dan selamat petang semua. Apa khabar anda semua pada petang ini?
Pada post kali ini adalah tentang pakaian tak cukup kain artis korea. Ada juga yang pernah bertanya kepada aku, "kenapa post yang ini? Macam tak sesuai." Sebenarnya memang sengaja aku post gambar yang tak berkaitan dengan dengan rakyat kita sendiri. Sebabnya adalah....(kena baca samapai habis post ni)

So kita sedia maklum bahawa "K-Wave" atau serbuan keglamoran dan kesuksesan artis Korea membuat hampir seluruh bumi menjadi "demam Korea". Mereka yang tadinya tidak suka atau tidak kenal dengan artis-artis Korea kini mendadak suka. Ada juga yang terlampau fanatik dengan artis korea. Kalau korang ada perasan, ada juga antara kita yang sanggup membuat blog tentang artis korea, fan club korea, malah meniru segala yang ditunjukkan oleh artis korea ini (jangan risau, nama anda dirahsiakan)

Jika ditanya mengapa mereka fanatik dengan artis korea, ini jawapan mereka:
"Sebab mereka cantik-cantik dan tampan", jawab salah seorang blogger yang pernah aku tanya.

HAH? Tu je sebab nya? Kenapa sampai jadi fanatik pulak? Pelik betul aku..padahal kalau korang nak tahu, banyak dari mereka yang telah membuat pembedahan plastik dari atas sampai bawah, termasuk aset dan bahagian sulit.. Kalau dilihat penampilan mereka boleh dikatakan serupa dengan artis dari Hollywood. Dulu Korera mengamalkan sisterm PINTU TERTUTUP (kalau tak tahu pergi tanya orang pakar sejarah). Tapi sekarang semuanya terbuka. Sampai baju pun tak cukup kain. 

Panjang pula aku membebel...hmmmm tak apa la..


Si Young Lee

Gaun yang dikenakannya terlalu pendek pada bagian bawah, sehingga dia cover seperti ini pada suatu majlis rasmi.




Kim So Yeon


So apa yang aku nak kaitkan disini adalah budaya yang dibawa telah menjadi ikutan. Kalau dahulu hollywood dan bollywood, sekarang k-pop atau k-wave pula.

Lepas tu peminat fanatik dan remaja kita sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk menghias diri sendiri seperti artis pujaan mereka. Sampai ada yang tidah mengendahkan hukum hakam agama. Aurat entah diletak di ceruk mana. Ada yang tutup aurat, tapi pakaian ketat macam balut buah nangka.  Nampak semua bentuk anggota badan.


Dah la, aku malas nak berceloteh panjang lagi, korang komen la panjang-panjang k..bubye..