Pages

Tips Menghalang Jenayah Dan Kecurian


Sejak kebelakangan ini, kes kecurian dan jenayah semakin menjadi – jadi dan membimbangkan semua pihak! banyak langkah telah di ambil pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini tetapi kejadian seperti ini masih lagi berlaku. Oleh itu semua pihak harus memainkan peranan yang penting untuk menyelesaikan masalah ini, bukan bergantung kepada pihak berkuasa semata mata.


Di sini ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk menghalang jenayah di rumah dankecurian di kediaman anda..

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan.

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua keskecurian didapati pisau hilang dan menurut polis, mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri. Tentu sekali bertujuan untuk melindungi diri mereka.

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam, jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik mereka di mana mereka akan menunggu diluar pintu rumah untuk masuk.

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh dari bilik tidur) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju.

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba “on and off” kan balik untuk menakutkan pencuri. Ini menandakan kita sentiasa peka.

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet nombor motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran anda, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda, ataupun sambungkan satu extension dalam bilik tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch dan lampu belakang rumah, sebaiknya jenis automatik. Ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah mahupun pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang, sentiasa memberitahu jiran-jiran anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dalam mail box. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

17. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

18. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar.Lebih selamat lagi jika anda beri pada jiran yang anda kenal rapat.

19. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru, kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

20. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


P/s: Jenayah membawa padah, di harapkan tips-tips ini dapat digunapakai sekaligus dapat menghapuskan terus kes jenayah dan kecurian di rumah dan sebagainya..