Pages

Bayi Hidup Semula Selepas 12 Jam Di Simpan Di Bilik Mayat

gambar hiasan

Seorang perempuan Argentina terkejut ketika menyaksikan bayinya yang sudah tak bernyawa, kembali hidup dan bergerak di dalam peti simpanan mayat hospital.

Bayi kecil itu menghabiskan masa 12 jam di bilik mayat Hospital Perrando de Resistencia, Buenos Aires. Analia Bouter melaporkan kepada stesen televisyen Todo Noticias, dirinya nampak berhalusinasi ketika menyaksikan adanya tanda-tanda kehidupan dari bayinya yang berada di bilik mayat.

Doktor mengatakan, bayi perempuan itu dalam keadaan yang sihat. Bayi itu lahir pada 3 April lalu. Rumah sakit pun sempat mengeluarkan sijil kematian yang menyebutkan, bayi tersebut meninggal kerana penyebab yang belum diketahui. Demikian seperti diberitakan Associated Press, Rabu (11/4/2012).

Bouter mengatakan kepada doktor, tidak ada yang tahu bagaimana bayinya boleh bertahan hidup selama 12 jam di dalam bilik pendingin bilik mayat. Ketika Bouter berada di tempat itu, dirinya mendengar suara tangisan bayi dan adanya tanda-tanda kehidupan terhadap anaknya yang dikhabarkan sudah meninggal.

Salah seorang pegawai Kementerian Kesihatan Argentina Rafael Sabatinelli mengatakan, para petugas Hospital mulai melakukan penyelidikan untuk memastikan apa yang menyebabkan insiden ini terjadi.