Pages

Cara Pemanduan Kereta Ketika Kecemasan


Biasanya ketika memandu kenderaan, seseorang itu tidak terkecuali dari menghadapi detik-detik mencemaskan seperti brek gagal berfungsi, kenderaan terbabas, tayar pecah dan sebagainya. Memang panik dan mencemaskan bila terjadi kepada kita terutama yang belum pernah mengalaminya lagi.

Sekadar Gambar Hiasan
Di sini dikongsikan cara pemanduan kereta ketika menghadapi kecemasan..
Brek Gagal Berfungsi
  • Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
  • Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
  • Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
  • Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
  • Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.
Kenderaan Terbabas
  • Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
  • Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
  • Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.
Pemecut Terlekat
  • Jika jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
  • Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
  • Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
  • Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
  • Jikalau gagal hubungi mekanik.
Bonet Terbuka
  • Brek secara beransur-ansur.
  • Naik ke atas bahu Jalan.
  • Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
  • Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.
Tayar Pecah
  • Pegang stereng dengan erat.
  • Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
  • Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
  • Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
  • Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
  • Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
  • Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.