Pages
▼
3K - KOPI, KAFEIN & KITA
3K - KOPI, KAFEIN & KITA
| Biasa dengar orang tak ada mood nak buat kerja kalu tak dapat minum kopi?
Banyak kontroversi tentang kafein & kopi ni.. macam-macam kita dengar - ada yang kata bagus, ada yang kata tak bagus.. Apa kebenarannya?
Kafein adalah bahan semulajadi yang ada di dalam sekurang-kurangnya 63 species tumbuhan di dunia seperti koko, kopi, kola nuts dan daun teh.
Kafein akan memberi simulasi pada tubuh seperti meningkatkan prestasi mental, kecekapan, tenaga dan 'clear headness'.
Kajian (Prospektif Kohort) & Medical review menunjukkan Minum kopi tidak meningkatkan risiko serangan jantung, darah tinggi atau meningkatkan kolestrol.
Ok. Kita pun sedar bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat juga minum kopi. Amalan Rasulullah s.a.w adalah 'bench bark' pada diri kita sebagai umat islam.
Yes.. Rasulullah minum kopi, tetapi baginda adalah kekasih Allah yang selalu bersederhana, tak pernah makan sehingga kenyang, sering berpuasa sunat dan berbuka dengan 3 biji kurma dan air zamzam, ber'meditasi' setiap malam dengan solat tahajjud dan aktif dengan tugas seharian.
Dan yang saya rasa pasti, Baginda tidak mencampurkan kopi dengan refined sugar & susu pekat manis !
Apa yang berlaku sekarang - kita makan roti canai, nasi lemak dengan air kopi susu. Hatta kebaikkan teh pun akan hilang jka dicampur dengan susu pekat manis..huhu.
Had kafein yang dibenarkan sehari adalah tidak lebih 300mg/sehari (~ 3 cawan) sahaja.
You can safely enjoy your Black coffee without sugar!
- Dr. Malinda
# Utk wanita mengandung, kanak-kanak dan individu yang menghidap penyakit jantung atau sensitif kafein - pengambilan kopi tidak digalakkan @ dibawah 300mg sehari.
sumber: Dr Malinda Health & Beauty Clinic