Pages

Cara Mengundi PRU 13 Pilihanraya Umum SPR 2013

Cara Mengundi PRU 13 Pilihanraya Umum SPR 2013

Cara Mengundi PRU 13 Pilihanraya Umum SPR 2013

Hye semua, dah nak sampai tarikh mengundi dah ni, so hari ini saya akan menerangkan serba sedikit cara atau panduan untuk mengundi.
Sebenarnya mudah sahaja hendak mengundi, hanya 7 langkah di perlukan untuk melakukan undian terhadap parti politik atau pemimpin yang kawan-kawan nak untuk jadi wakil rakyat yang memperjuangkan hak asasi sebagai rakyat Malaysia. 


Berikut adalah panduan bagaimana cara untuk kita mengundi pada 5 Mei 2013 ini.

Di sini di sertakan gambar yang sebenar bagaimana prosedur mengundi ini berlaku:


Cara Mengundi PRU 13 Pilihanraya Umum SPR 2013

Cara mengundi PRU 13 Pilihanraya Umum


1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.

2. serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan (No.SIRI) kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
cara mengundi pru13

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

7. Keluar segera dari tempat Mengundi.


Tips / Nasihat
1. Kebiasaannya, kalau kawan-kawan bercadang hendak datang mengundi pukul 8.00pagi, gerenti kawan-kawan perlu beratur panjang, berlingkar-lingkar macam ular..berdiri dalam barisan sambil menunggu giliran mengundi. So kawan-kawan terpaksa menunggu sehingga pukul 12pm..BAYANGKAN la kaki anda lenguh...hehe

Sebab tu kalau masa mengundi, ada yang suka pergi waktu petang, ini kerana TIADA orang yang beratur.

2. Selepas tamat proses, jari kawan-kawan akan jadi begini...

3. Kebiasaannya orang yang mengandung, cacat (OKU), tua yang tak larat berdiri akan diberi keutamaan mengundi dahulu. So tak perlu beratur panjang.

4. Nombor Saluran untuk anda mengundi adalah berbeza dari nombor saluran ayah dan ibu anda. Ini kerana nombor saluran mengundi telah dikategorikan mengikut peringkat umur, dan mudah bagi Suruhan Pilihan Raya (SPR) untuk mengkaji golongan umur yang banyak pangkah parti mana.