Pages

Harga Emas Kuala Pilah Negeri Sembilan - Gold Price

Infoaday provides you with fast loading charts of the current gold price per gram in Malaysia. We provide you with timely and accurate gold price commentary, gold price history charts for the past 24 hours, 30 days, 60 days, 1, 5, and 10 years and gold futures quotes and charts. You can also find out where to buy gold coins from gold dealers at the best gold prices or compare eBay gold prices andeBay silver prices.


Infoaday provides you with fast loading charts of the current gold price per gram in Malaysia. We provide you with timely and accurate gold price commentary, gold price history charts for the past 24 hours, 30 days, 60 days, 1, 5, and 10 years and gold futures quotes and charts. You can also find out where to buy gold coins from gold dealers at the best gold prices or compare eBay gold prices andeBay silver prices.  


Haa..menarik tak intro saya ni? Hehe..berbalik kepada cerita kita. Harga emas Kuala Pilah Negeri Sembilan turun lagi sekali dalam dua tahun. Saya telah membuat ulasan tentang penurunan harga emas yang pertama.

Tahniah kepada kengkawan yang sempat membeli emas pada hari ini.


Kami juga tidak ketinggalan untuk merebut peluang ini bagi manambah aset..hehe


Kami nak ceritakan sedikit pengalaman kami pagi tadi.


Kami bertolak pukul 8.30am, Sabtu, 18 May 2013.


Tak ramai orang di jalan raya pada pagi sabtu, so sampai awal dalam 9.45am di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Kedai emas telah pun di buka di Kuala pilah. Total kedai emas di kuala pilah ada lebih kurang 7 buah kedai. 


Tak ramai lagi pelanggan yang ada di dalam setiap kedai. Cuma 3 orang pelanggan sahaja dalam setiap kedai. Kalau macam semalam (jumaat), sampai ada yang terpaksa menunggu 2 jam semata-mata nak membeli emas di sebuah kedai..hehe. Almaklumlah...pelanggan ramai, tapi tukang jual emas cuma 3 orang saja.


Boleh la kami tengok design yang masih tinggal di dalam kedai. Kami tengok semua design di setiap kedai, dan membuat pilihan untuk membeli seutas gelang emas seberat 22gram (lebih kurang RM3k setelah tambah upah rm60) . 


Harga emas pada hari jumaat (semalam) adalah RM129/gram. Pada hari ini adalah RM 124.

Kami selalu tengok harga emas, so kami tahu harga pada hari ini akan turun.

Kami telah selitkan harga emas dalam bentuk graf di dalam blog kami ini (bahagian bawah sekali), supaya kengkawan pun dapat melihat harga semasa. Kalau harga market BSKL (bursa saham kuala lumpur, hari ini RM132, tapi selalunya Harga Kuala pilah murah RM8 segram berbanding harga market)


Kami dah survey di merata tempat (pahang, selangor, KL, kelantan), tetapi yang di Kuala pilah adalah paling murah.


Kalau beli 20gram emas di kuala pilah, kami dapat jimatkan RM400 (jika dibanding dengan harga emas KL). So kalau kengkawan tahu harga yang lebih murah, sila beritahu kami di mana, dan kami akan terjah ke sana. HEHE


Kami bertolak balik kerumah pada pukul 11 pagi, masa tu semua kedai emas dah jadi macam ikan sardin dalam tin!!! hahahaha...Jumpa lagi di post yang lain, sekian.




Artikel menarik lain: