Pages

Epal hijau yang di benci ramai



Assalamualaikum dan selamat pagi semua, hari ini kami mencari sebab mengapa orang tidak suka memakan epal hijau dari Tan Sri Google. Antara sebab utamanya adalah MASAM !!! Huhu...memang betul pun. Kami sendiri tak makan epal hijau sebab masam.

So kami cari beberapa artikel tentang kebaikan memakan epal hijau dan kami gabungkan supaya kawan-kawan yang tak minat epal hijau ni boleh mencuba di masa kelak. TAbiat memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh kawan-kawan, namun tahukah kawan-kawan kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. 

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. K
awan-kawan digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. 




Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah: 

Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. K
awan-kawan akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit. 

Menarik kan sebenarnya epal hijau ni? Kami harapkan bahawa kawan-kawan boleh mencuba memakan epal hijau bermula dari sekarang kerana kelebihan yang diperolehi dari epal hijau ini sangat membantu tubuh kita. Bubye..