Pages

#LAWAK Kisah Hadiah Hari Guru



Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid2nya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah macam mana?


Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah
hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid2: Ohh…. begitu..


Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah…..
macam2 ada. Tersenyum lebar cikgu ….


Cikgu: Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu…. tu ada kat luar kelas.


Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)


Cikgu: Ayah Mamat kerja apa?
Murid2: PENGGALI KUBUUUUR cikgu.


Cikgu: Patutlah… sob sob sob..