Pages
▼
Milik Malaysia or Thailand?
Assalamualaikum dan selamat petang semua pembaca setia. Topik hari ini adalah berkenaan Milik Siapa.
Malam tadi kami ada melihat siaran ulangan RunningMan - Episod Park Ji Sung menggantikan Yoo Jae Suk sebagai MC. Dalam satu game yang mereka main, ada satu aktiviti yang memerlukan selebriti RunningMan - (Kim Jong Kook, Yoo Jae Suk, Lee Kwang Su, Ji Suk Jin, Song Ji Hyo, HaHa dan Gary) untuk membeli buah "Eung - Oh" di negeri Thailand.
EungOh adalah buah rambutan kalau ditanslate dalam bahasa malaysia. Tak kisah la selebriti-selebriti tu nak membeli buah rambutan di mana-mana pun. Yang kami kisahkan adalah QUOTE yang di letak di dalam rancangan tu.
Quote nya adalah "EungOh -It has a sweet, sour taste friut and he represents Thailand"
So kami nak tanya, adakah Rambutan sebenarnya milik Thailand? Indonesia? Vietnam? Malaysia? Ada tak sesiapa yang boleh bantu kami menjawab soalan ini? Adakah Thailand pernah patenkan rambutan adalah milik negara nya? Kepada yang arif tentang perkara ini, sila jawab okay.
Selepas itu kami terfikir juga tentang entri kami yang lepas, berkenaan Terompah dan Belacan dipatenkan. Kalau dalam entri yang lepas, ramai pembaca kami yang memberi komen negatif. Sila baca sendiri di link ini...hehe. Tapi lepas memikirkan secara terbuka, bagus juga idea mematenkan terompah dan belacan.
At least Malaysia akan dikenali dengan belacan dan terompah. Untuk produk-produk lain seperti yang disyorkan oleh pembaca Terompah dan Belacan dipatenkan, kami rasa elok lah proses mematenkan barang ini dibuat sedikit demi sedikit dahulu. Janji kita dapat achieve something.
Cuba tengok macam rambutan, tak pasal-pasal jadi milik thailand. Kalau pelancong luar datang ke asia, mereka akan mencari Eung-Oh, dan bukan nya rambutan. Fikir-fikirkan..Bubye..