Pages

Penyenaraian FGVH bela kebajikan peneroka



PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta peneroka Felda supaya jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan merugikan para peneroka tanah rancangan itu.

Perdana Menteri berkata para peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka.

“Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tetapi memberi keuntungan besar kepada penduduk Felda.

“Itu semua hasutan dan mainan politik… mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan masyarakat Felda,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di Felda Chini Timur di sini, hari ini.

Najib berkata sebaliknya penyenaraian FGVH merupakan satu lagi bukti bahawa kerajaan sentiasa membela kebajikan peneroka Felda selain pemberian pelbagai bonus dan insentif lain seperti duit raya, pinjaman membesarkan rumah dan sebagainya.

Beliau mengulangi jaminan bahawa semua peneroka Felda di seluruh negara bakal menikmati durian runtuh selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada pertengahan tahun ini.

“Seperti yang saya cakap dalam Bajet 2012 lepas, peneroka Felda akan mendapat durian runtuh.

“Saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa yang sesuai dan ia mungkin melebihi RM500,” katanya.

Dalam pada itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut berkongsi dua petua dalam membentuk dan memajukan sesebuah pertubuhan atau kelab kebajikan sekaligus menampilkan imejnya di mata masyarakat.

Katanya sesebuah pertubuhan itu mesti memiliki seorang ketua atau pemimpin yang mempunyai hati yang ikhlas, jujur, berdedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri.

“Ramuan kedua yang perlu ada ialah ahli-ahli kelab juga perlu mempunyai sif

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


SEBAHAGIAN besar kumpulan pengurusan FELDA hidup mewah dan kemewahan mereka adalah datang dari usaha keringat peneroka-peneroka FELDA.Ada yang berpendapatan melebihi RM100 ribu sebulan hasil menduduki Lembaga Pengarah anak-anak syarikat milik FELDA dalam saat peneroka bertungkus lumus menjayakan pelbagai tanah-tanah rancangan.

Mereka ini mengaut untung dan laba atas angin.Tidak cukup dengan pendapatan sekian banyak yang mereka perolehi dan kalau dicampur dengan berbagai-bagai komisen yang mereka ini kenakan kepada mana-mana syarikat, mereka ini hidup cukup mewah.

Bila kerajaan menyedari ada yang tidak kena dalam pembahagian untung rugi antara peneroka dan kalangan pengrusan FELDA,sesuatu hafrus dilakukan bagi menaik taraf serta memberikan feadah jangka panjang kepada kumpulan peneroka.

Usaha kerajaan ini mula ditentang secara senyap pada mulanya oleh pengurusan Felda yang berkepentingan menjadi cukup terbuka apabila anak syarikat Felda Holding ,Felda Global Ventures Holding(FGVH) dilantik oleh kerajaan untuk mencari peluang pelaburan supaya nasib dan masa depan peneroka terbela walaupun satu hari nanti dunia berdepan dengan krisis ekonomi.

Mereka tentang usaha menaiktarafkan nasib dan masa depan penerola Felda ini kerana bimbang tembelang mereka yang memerah hasil keringat peneroka selama ini terdedah.Mereka bimbang penyelewengan serta kerakusan selama ni diketahui oleh peneroka setelah menipu kumpulan peneroka ini sekian lama.

Berbagai usaha dilakukan termasuklah memecat Isa Samad sebagai Pengeri Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan ada yang mendakwa Zulkifli Wahab,Pengarah Besar Felda yang menjadi dalangnya dan tidak cukup dengan tentangan serta mengaibkan Pengerusi Felda,mereka ini berpakat pula dengan pembangkang yang berselindung di sebalik nama ANAK kononnya mahu membela nasib peneroka-peneroka Felda seluruh negara untuk menentang usaha penyenaraian ini.

Mereka ini menyalurkan segala maklumat yang tidak sahih kepada pembangkang dan maklumat inilah yang dijadikan dokumen untuk menipu peneroka.Peneroka cuba dinafikan hak mereka untuk hidup mewah seperti kumpulan pengurusan Felda ini. Orang-orang tertentu dalam Felda sanggup menjadi pengkhianat,gunting dalam lipatan dan mereka terpaksa melakukan halangan ini bagi menyambung segala kerakusan yang mereka lakuakan sebagai orang yang sepatutnya bertanggungjawab mengangkat taraf kehidupan peneroka Felda.




ANAK yang dipimpin Mazlan Aliman menyerap masuk ke dalam masyarakat peneroka untuk menghasut dan mengelirukan peneroka sekaligus menolak usaha transformasi Felda yang diilhamkan PM Najib.Dan tepatlah tindakan merehatkan Zulkfli Wahab selama lapan bulan itu kerana beliualah dilihat yang menjadi tuan kepada tangan-tangan ghaib selama ini yang cuba memporak perandakan pengurusan Felda dalam usaha penyenaraian oleh FGVH.


Kita pun hairan dengan tindakan PAS dan ANAK,dimana mereka ini saat Felda dibangunkan?Tiba-tiba mereka mahu menjadi hero kononnya untuk menyelamatkan Felda?Atau mereka ini sengaja mahu gagalkan usaha kerajaan untuk membangunkan masyarakat Fela bagi satu penghijarahan baru?Jelas ada niat jahat dalam gerakan yang digerakkan oleh Mazlan Aliman ini.Kita amat berharap peneroka dan generasi kedua tidak mudah terpedaya dengan dakyah songsang dendangan Mazlan ini.

Kita menyokong tuntutan beberapa pihak yang mahukan supaya satu audit dilaukan terhadap pengurusan Felda dan sekiranya ada penyelewengan,semua pihak perlu diambil tindakan ataupun dihadapkan ke mahkamah,jangan biarkan mereka ini terus memperalatkan peneroka untuk kepentingan peribadi.

Secara asasnya kita bersetuju dengan usaha penyenaraian FGV namun sejauh mana jaminan yang boleh diberikan oleh pengurusan FELDA terutama sekali Isa Samad dalam menentukan untung nasib generasi seterusnya kerana apabila d`ilisting’kan,untung nasib penerola menjadi pertaruhan.Jangan yang peneroka kejar tak dapat,yang dikendong pula berciciran.

Peneroka perlu diberikan jaminan khusus kerana yang mereka pertaruhkan bersama dengan penyenarai ini adalah masa depan mereka dan generasi seterusnya dalam Felda.

Adakah jaminan boleh diberikan  lebih baik seperti yang ada sekarang ataupuun jaminan kepada peneroka mengikut musim. Kita juga bersetuju usaha kerajaan untuk membela nasib dan masa depan peneroka tetapi bersetuju mesti bersyarat,jangan pertaruhkan masa depan mereka demi memenuhi transformasi yang PM Najib laungkan.

Kita amat berharap sesiapa sahaja tidak akan mengkhianati nasib dan masa depan peneroka dan tidak mengkhianati penyambungan usaha Tun Razak yang sedang dilegasikan oleh anaknya PM Najib