Masa Izwan di
zaman jahilnya, dia rajin gak pergi clubbing…
Satu hari dia masuk ke kelab.
Dia duduk sorang-sorang di bar..
Tidak lama kemudian dia nampak Sumardi bersama 5
orang awek-awek cantik di sekeliling dia.
Mereka duduk2 di lounge dan Sumardi kelihatan
seperti seorang Raja yang di manjakan oleh dayang-dayang yang cun melecun.
Izwan yang duduk sorang dan berfikir, bila
agaknya aku boleh jadi macam dia?
Awek pun aku takde…
Semasa Sumardi sedang ke tandas, Izwan menahannya
dan berkata :”Bro, macamana caranya lu boleh dapat awek-awek cun camtu”?
Sumardi membisik ke telinga Izwan: “izwan,ni gua
nak bagitau lu…”
Kalau kau besok masuk ke kelab, masa ko nak duduk
di bar, lemparkan kunci kereta ko di atas meja bar, pasti awek-awek datang
dengan sendirinya.
Izwan menjawab: “tapi aku takde keta bro, aku ada
kapcai jer…”
Sumardi: “Ko hanya perlukan kunci kereta jer..
tengok aku ada keychain kereta Jaguar..”
Izwan: Ler…tu jer tektiknya.
Malam esoknya Izwan dengan semangat membara masuk
ke kelab, dia melihat Sumardi di sudut bar dengan 3 awek di sekelilingnya.
Izwan berjalan menuju bar dengan muka confident
giler dan mencampakkan kunci bersama key chain kereta Ferrari ke atas meja bar.
Tapi tidak ada respon sama sekali
Di saku seluar dia ada lagi kunci. Bila ada
awek-awek cantik lalu, dia lempar lagi kunci tu ke bar.
Tetap tetap tidak ada respon, malah awek-awek cun
melecun tu bantai gelak terbahak-bahak.
Izwan tidak faham..
Korang nak tahu jawapannya ???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Sumardi akhirnya datang ke Izwan dan berbisik: “Izwan,
lain kali masa kau campak kunci kereta ferrari di bar, helmet tu buka dulu
bro……..!!!