Kelapa sawit Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia yang berkembang pesat. Selain pengeluaran minyak kelapa sawit yang tinggi, hasil sampingan juga tinggi. Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon. Tingginya dapat mencapai 24 meter. Bunga dan buahnya berupa tandan, serta bercabang banyak. Buahnya kecil dan apabila masak, berwarna merah kehitaman. Daging buahnya padat. Daging dan kulit buahnya mengandungi minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan minyak goreng, sabun, dan lilin. Hampasnya dimanfaatkan untuk makanan ternak, khususnya sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan arang.
Kelapa sawit yang berkembang biak dengan biji, tumbuh di daerah tropika, pada ketinggian 0 - 500 meter di atas aras laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur dan tempat terbuka, dengan kelembapan tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya curah hujan yang tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun.
1
Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah berdasarkan ketebalan tempurung, iaitudura (tempurung tebal),ten era (tempurung nipis) danpisif era (tiada tempurung).
Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak berbanding buah dura kerana perbezaan ketebalan tempurung. Pisifera adalah buah betina mandul, iaitu bunga betina yang sepatutnya berkembang untuk menjadi buah dan tandan akan gugur sebelum matang. Keadaan ini menyebabkan pisifera tidak mengeluarkan tandan, sebaliknya banyak mengeluarkan bunga jantan. Namun, ada juga segelintir pisifera yang subur.
Program pembiakan dan pemilihan baka sawit di Malaysia dimulakan oleh : • Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1912 • Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) mulai tahun 1969 • Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) pada tahun 1979 • Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak tahun 2000. Program penyelidikan berjaya meningkatkan hasil minyak sawit berlipat kali ganda, berbanding hasil daripada pokok liar di Afrika. Sungguhpun wujud progeni dan pokok individu dengan hasil minyak melebihi 12 tan sehektar setahun, namun masih wujud ruang yang luas untuk mencapai potensi hasil maksimum sebanyak 18.2 tan sehektar setahun.
Hasil tandan dan perahan minyak dura Deli serta kacukan dengan pisifera, terutama dengan baka AVROS, adalah unggul dan digunakan untuk menghasilkan bahan tanaman di seluruh dunia. Sungguhpun hasil buah tandan segar (FFB) daripada bahan D x P tidak meningkat dengan ketara berbanding bahan dura, namun hasil minyak telah dimajukan daripada 3.7 tan sehektar setahun (dura) kepada 6.3 tan sehektar setahun (D x P).
2
Aiskrim
Antara kegunaan istimewa minyak sawit ialah sebagai bahan asas dalam pengeluaran aiskrim. Walaupun lemak susu adalah bahan paling sesuai digunakan dalam pembuatan aiskrim, minyak sayuran yang diadun istimewa boleh dijadikan bahan alternatif. Penggunaan minyak sawit dan minyak isirung sawit dalam pembuatan aiskrim bukan sahaja menghasilkan aiskrim lembut dan gebu, tetapi tidak mudah rosak.
Konfeksi Pengganti Lemak Koko (CBR) adalah lemak yang digunakan untuk menggantikan secara separa atau keseluruhan penggunaan lemak koko dalam pembuatan produk coklat dan konfeksi. Melalui proses pemisahan, minyak sawit dan minyak isirung sawit boleh digunakan untuk menghasilkan CBR. Produk coklat dan konfeksi yang diperbuat menggunakan CBR berasaskan minyak sawit mempunyai rasa hampir menyamai produk yang diperbuat menggunakan lemak koko. Ini kerana bahan berasaskan minyak sawit menghasilkan produk dengan permukaan berkilat, dapat bertahan lebih lama dan mudah cair apabila dimasukkan ke dalam mulut.
KrimerAdunan minyak sawit dan minyak isirung sawit, serta lain minyak digunakan secara meluas untuk menggantikan lemak susu dalam penyediaan krimer kopi bukan berasaskan tenusu. Krimer sawit menggantikan penggunaan krimer tenusu dalam penyediaan minuman kopi, serta ia tahan lebih lama dan lebih mudah digunakan.
3
Koko
Di Malaysia, kawasan tanaman koko pertama sekali ditemui di Melaka dalam tahun 1778. Selepas itu, penanaman koko mulai dijalankan di Stesen Pertanian Serdang dan Pusat Penyelidikan Pertanian Silam, Sabah. Pengkomersialan koko berlaku di antara tahun 1853 hingga 1959 di mana koko jenis Amelonado pertama kali ditanam di Jerangau, Terengganu.
Percubaan penanaman koko seterusnya dijalankan di Serdang, Cheras, Kuala Lipis dan Temerloh di antara tahun 1936 hingga 1940. Walau bagaimanapun, penanaman koko secara aktif hanya berlaku selepas perang dunia kedua. Koko secara rasminya ditanam di Quoin Hill, Tawau, Sabah pada tahun 1960.
Produk-produk hasil dari biji koko kemudiannya diadun dengan susu dan gula untuk menghasilkan coklat. Semasa penghasilan coklat, proses conching dilakukan untuk menyebatikan lagi adunan coklat. Di samping itu, proses ini dapat mengurangkan rasa pahit dan menambahkan lagi citarasa dan tekstur coklat.
Produk-produk koko dan coklat daripada kovertur hingga ke pralin. Produk ini diformulasikan daripada pelbagai bahan mentah seperti koko pejal, lemak koko, gula dan serbuk susu.
4
Kovertur
Produk kovertur yang dihasilkan adalah daripada bahan mentah yang berkualiti tinggi dan diformulasi mengikut resipi yang dikenalpasti tinggi mutunya. Kompoun Produk kompoun yang mana mempunyai penampilan seperti coklat tetapi mengandungi lemak sayuran yang menggantikan lemak koko. Produk ini adalah sesuai untuk penyalut. Pralin Produk pralin yang mempunyai pelbagai jenis inti seperti almond nut, hazel nut, raisin, orange peel dan truffle dengan rasa unik, sesuai untuk setiap peringkat umur. Lembaga Koko Malaysia telah menerima dua anugerah iaitu 'Anugerah Terbaik' dan 'Anugerah Medal Emas' sempena Expo Teknologi Malaysia (MTE) 2008, yang berlangsung pada 21-23 Februar 2008, di Kuala Lumpur. Inovasi yang menerima anugerah ini adalah mesin COBRE (Pemecah Buah Koko LKM). Mesin ini telah meningkatkan kecekapan pemecahan buah dan pengasingan biji koko dengan menjimatkan tenaga lima orang pekerja yang melakukannya secara manual. Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah menerima Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Antara Sektor Awam Dengan Sektor Swasta (AIPB). Majlis Penyampaian Anugerah telah diadakan pada 29 Oktober 2007 sempena Konvensyen KMK Kebangsaan Ke-24, di Kota Bharu, Kelantan.
Inovasi yang dicalonkan ialah 'Agen Kawalan Biologi Lembaga Koko Malaysia'. Inovasi tersebut adalah atas usahasama LKM dengan Ong Chong Lim Plantation Sdn. Bhd. dan Suraiya Construction (Plantation) Sdn. Bhd.
5
Padi
Padi merupakan bahan makanan yang menghasilkan beras. Bahan makanan ini merupakan makanan ruji bagi sebahagian besar penduduk di Asia terutamanya penduduk Asean termasuklah Malaysia. Padi adalah salah satu bahan makanan yang mengandungi gizi dan penguat yang cukup bagi tubuh manusia, kerana di dalamnya terkandung bahan- bahan yang mudah diubah menjadi tenaga. Oleh sebab itu padi juga disebut sebagai bahan ,akanan tenaga. Setiap orang dewasa memerlukan 1821 kalori setiap untuk menjalankan aktiviti harian. Ini bermakna beras yang diperlukan ialah 0.88kg.
Beras mengadungi berbagai zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Antara lain ialah Karbohidrat, protein, lemak, serat kasar, abu dan vitamin. Di samping itu beras juga mengandungi beberapa unsur mineral, antaranya calsium, magnesium, sodium, fusfor dan sebagainya.
Namun begitu, pengeluaran beras di Malaysia meningkat dengan kadar perlahan iaitu dari 1.2 juta tan pada tahun 2000 kepada 1.3 juta tan pada tahun 2003 berbanding dengan pertumbuhan penduduk 25% setahun. Negara akan memerlukan sejumlah 2.3 juta tan setahun untuk 27 juta penduduk (pada tahun 2010). Jika pengeluaran beras Negara tidak dapat ditingkatkan, negara akan mengimport lebih kurang 1.0 juta tan setahun untuk keperluan penduduknya.
Selain dari beras untuk dijadikan makan yang dimasak, ianya juga boleh dijadikan makanan lain hasil dari inovasi dan kajian yang dijalankan seperti tepung beras, meehoon, cucur dan emping padi.
6
Ternakan
Dalam dekad pertama abad ini (2000) pengeluaran dalam negara bagi produk tenakan seperti susu, daging lembu dan telur telah meningkat. Manakala pengeluaran daging kerbau, kambing dan biri-biri pula menurun. Walaubagaimanapun, di samping pertambahan penduduk, penggunaan per kapita bagi produk tersebut tyryt meningkat. Hal ini menyebabkan tahap sara diri bagi keperluan susu dan daging juga menurun. Tahap sara diri bagi keperluan telur, daging ayam dan khinzir pula melebihi keperluan tempatan dan telah dieksport sejak dua dekad yang lalu.
Daging, telur dan susu adalah merupakan sumber protin penting bagi manusia. Kebiasaannya sumber protin dari hasil ini akan dimasak untuk memudahkan pencernaan dan ini sebenarnya mengurangkan kandungan protin dalam makanan. Pada masa ini ramai pengguna yang mengambil berat tentang kandungan nutrient dalam makanan. Pengambilan kalori, lemak dan kolestrol yang berlebihan sering dikaitkan dengan pemakanan berasaskan ternakan.
Produk yang dikomersilkan RBM – Rice Bran Malaysia – Menghasilkan produk nutraceutical dari beras
tempatan ( Ubat-ubatan)
Makanan untuk kesihatan – kurang kolestrol, anti kanser.
Sesuai dijadikan bahan utama dalam pembuatan kek dan biskut
7
Bekas Lombong
Pengeluaran dari bekas lombong meningkat sebanyak 33.11% daripada 6,495 tan metrik dalam tahun 2003 kepada 8,646 tan metrik dalam tahun 2004 Sangkar Ternakan sangkar air tawar menyumbang 10.1% dari keseluruhan pengeluaran ternakan air tawar iaitu penurunan sebanyak 4.84% daripada 5,896 tan metrik kepada 5,611 tan metrik dalam tahun 2004.
Tangki Ternakan tangki simen dan kandang menyumbang 1,671.10 tan metrik terutama ternakan Tilapia Merah, Keli dan Patin. Selangor merupakan pengeluar utama ternakan dari tangki simen. Manakala, pengeluaran paling tinggi sistem kandang ikan adalah dari negeri Kelantan iaitu sebanyak 395.24 tan metrik.
Sistem Air Payau Sektor air payau dalam tahun 2004 menyumbang 75.52% daripada jumlah pengeluaran akuakultur. Sumbangan ini menurun 0.18% daripada 146,927 tan metrik pada tahun 2003 berbanding 146,668 tan metrik tahun 2004.
Ikan Hiasan Jumlah pengeluaran ikan hiasan telah menunjukkan peningkatan sebanyak 6.40% daripada 428,298,151 ekor dalam tahun 2003 kepada 455,723,540 ekor dalam tahun 2004. Daripada segi nilai terdapat peningkatan sebanyak 8.60% daripada RM 97.64 juta dalam tahun 2003 kepada RM 106.03 juta dalam tahun 2004. Negeri Johor masih memonopoli pengeluaran ikan hiasan yang menyumbang sebanyak 298,321,908 ekor
8
Inovasi dalam perikanan air tawar
Untuk memberi galakkan terhadap sektor perikanan negara, pelbagai enovasi telah dilakukan untuk memenuhi keperluan negara seiring dengan keperluan penduduk di negara ini.
Antara inovasi yang telah dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah atau cara penternakan yang telah dikaji dan dijangka dapat meningkatkan hasil pengeluaran serta meningkatkan pendapatan penternak.
Kaedah Ternakan Kanvas Dengan menternak ikan air tawar dalam kanvas, ia dapat membantu penternak yang selama ini dibelengu masalah jangkitan penyakit serta terpaksa menanggung risiko ikan mati akibat pencemaran air.
Dengan menternak ikan dalam kanvas, masalah ini dapat dielakkan serta menjamin pengeluaran ikan. Ikan yang diternak dengan menggunakan kanvas dikawal secara 100%. Kawalan air amat penting. Kaedah ternakan ikan secara kanvas ini memerlukan air dirawat dimasukkan ke dalam kanvas.
Terdapat 3 jenis rawata yang perlu dilakukan. Iaitu :- rawatan fizikal, rawatan biologi, rawatan bakteria Rawatan fizikal rawatan ini adalah untuk memastikan air yang dipam dari sumber air itu jernih dan sesuai untuk ikan yang diternak. Rawatan ini termasuklah merawat nilai pH air untuk memastikan ikan benar-benar sesuai dengan air tersebut.