MELAYU SI KULI BATAK

melayu-boleh-hot-kuli-selamanya-masyarakat-negatif-berubah-positif
Gambar hiasan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Adakah anda semua marah dengan tajuk MELAYU SI KULI BATAK? Jangan marah, kerana itu cumalah tajuk..yang penting adalah isi kandungan dan pengajaran yang anda semua dapat setelah membaca entri kali ini.

Artikel hari ini adalah untuk parent and parent to be..kami mencari beberapa maklumat tentang cara improvekan kehidupan masyarakat dan anak-anak kita. Pernah tak sesiapa fikir mengapa anak-anak orang cina pandai berniaga, anak-anak orang india selalu jadi peguam dan anak-anak melayu cuma makan gaji? Jawapannya adalah environment. 

Anda semua perasan tak bahawa masyarakat cina mengajar anak-anak mereka berniaga sejak dari kecil. Sewaktu mereka berumur 10 tahun, mereka dibawa ke kedai dan dilatih untuk menjual barangan runcit. Everything have risk, tetapi mereka berfikir panjang dan menerima risk itu. Lastly profit mereka lebih banyak dari risk yang mereka tanggung tadi.

Masyarakat melayu pula selalu terdedah dengan fikiran negatif, jadi mereka pun membesar dengan fikiran negatif. Jika perkara itu untuk kebaikan diri sendiri pun akan di bangkangnya, kerana mereka beranggapan ianya berisiko. Kalau boleh, nak buat perkara yang ZERO RISK..Hmmm macam mana nak maju macam ni?. 

Anda semua nampak tak pengaruh environment yang dimaksudkan? Bak kata Wardini Safiah, YOU ARE WHAT YOU EAT, YOU ARE WHAT YOU READ. Jika sejak dari kecil kita terdedah dengan suatu environment, kita akan menjadi environment itu!

melayu-boleh-hot-kuli-selamanya-masyarakat-negatif-berubah-positif
Gambar Hiasan


Sebenarnya kami dah lama fikir tentang ini dan kami dah mencari pelbagai alternatif untuk mengubah kehidupan anak-anak kami kelak. Jadi setelah berjalan-jalan dalam alam maya ini, kami terjumpa suatu artikel menarik. Jadi kami kongsikan bersama anda semua. Ianya adalah Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...Kami sharekan sahaja untuk pengajaran kita semua..Diharap terhibur...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 
thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih
anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih
efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah 
penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat  UITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya. 

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas
hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,
ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada 
dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun
pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, 
dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun 
awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu
je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang 
cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila
kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb.
memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis
ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan
semuanya dalam otak kiri....kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 
tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die
orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah
merapu takpa.....kita pun bukan tak biasa merapu.... 

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and
suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option
macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari....tak payah lama-lama. 

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak
boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak
jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai
Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni... 

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM pun ada cakap benda yang sama dan dia
ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna
perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong
senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2

ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan. 

P/S: Sila ambil iktibar dari post kami ini, dan kami doakan anda semua dapat merubah kehidupan anak anda. 

Entri menarik lain: