Semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)


Agihan BR1M 2.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) : Bukti BN Juara Urus Ekonomi Malaysia (Hasil LHDN RM125 Bilion)
Pengagihan BR1M 2.0 telah pun dirasmikan dan pengagihan telah pun dimulakan. Yang kami perasan, Di Sarawak sekitar Saratok sudah pun bermula lebih awal. Bermula daripada sekarang ini akan bermulanya musim mengagihkan wang BR1M 2.0 bernilai RM500 & RM250 kepada 7 juta penerima yang “bertuah” itu sehingga berakhirnya bulan Februari 2013.
Dan kepada penerima BR1M 2.0, anda akan menerima surat-surat jemputan seperti DI SINI untuk anda hadir ke majlis penyerahan yang dah ditetapkan di kawasan anda….
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juara dalam mentabir negara dan mengurus ekonomi.
Perdana menteri berkata, kelangsungan pemberian BR1M yang kini memasuki pusingan kedua diteruskan kerajaan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekod kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 bilion tahun lepas.
BR1M merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyat, ia boleh ditunaikan kerana pentadbiran dan pengurusan ekonomi dilakukan dengan baik. Kita boleh beri BR1M kerana berjaya memastikan ekonomi terus berkembang, peniaga sama ada kecil dan besar berjaya menambah keuntungan.
“Bila ini berlaku, maka cukai untuk kerajaan juga bertambah, dan ini adalah sebenarnya asas mengapa BR1M boleh dilaksanakan,” katanya
“Ada dakwaan bahawa dengan menguatkuasakan AES kita boleh buat BR1M. Ini tuduhan palsu yang dibuat pembangkang. AES bukan cukai pada rakyat, ia hanya denda bagi mereka yang memandu laju, itupun masih di peringkat kajian,” katanya.
Baucer BR1M 2.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) : Bukti BN Juara Urus Ekonomi Malaysia (Hasil LHDN RM125 Bilion)
Bagi kami usaha pemberian BR1M 2.0 sangat baik dilakukan dan sepatutnya diteruskan di masa akan datang. Tetapi dalam pada masa yang sama kerajaan perlu mengambil serius dengan mencari jalan penyelesaian terbaik bagaimana cara untuk mengekang lonjakan kos sara hidup yang menghimpit golongan pertengahan, dan berpendapatan rendah termasuklah isu pemilikan rumah.
Pemberian one off pun ada bagusnya juga untuk cara pengawalan bagi tempoh jangka masa pendek. Dalam pada masa yang sama perbelanjaan bulanan rakyat dan disposable income (pendapatan boleh guna rakyat Malaysia) perlu dipandang dengan serius. Insyaallah….

Video Ucapan Najib Razak Sempena BR1M 2.0

Yang mana ada menghantar permohonan BR1M 2.0 2013 sebelum ini, boleh membuat semakan menerusi link di bawah ini :

=> Semakan BR1M 2.0 2013