Dividen ASB



ASB 2012  ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? UPDATE : Dividen (7.75 sen) + Bonus (1.15 sen)!
Ramalan peratus dividen ASB 2012 tahun ini + bonus
Biasanya, akan selalu umum dividen ASB sekitar antara 20 – 24 disember setiap tahun. Tetapi berbeza pada tahun ini, PNB dijangka akan mengumumkan dividen ASB 2012 pada minggu hadapan. Awal Disember 2012, lebih awal daripada daripada selalunya. Dan…..
Dan, dividen ASB 2012 + bonus pun dijangka lebih tiggi daripada biasa….Harap-harap bagi tinggi supaya orang ramai dalam mood “gembira” sebelum Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Dividen ASB 2012 + Bonus & ASN Lebih Tinggi?

KOTA BHARU – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) pada minggu hadapan.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, lebih 11 juta pelabur dijangka akan mendapat pulangan lebih tinggi sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
Beliau berkata, setiap tahun PNB membayar dividen dan bonus bernilai RM10 bilion kepada para pelabur dan jumlah yang besar tersebut sudah pasti memberi impak kepada ekonomi negara.

Rekod Pengagihan Dividen ASB + Kadar Bonus Dari 1990-2011?

ASB Dividen 2012  ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? UPDATE : Dividen (7.75 sen) + Bonus (1.15 sen)!
Kalau nak diharapkan dividen ASB 2012 sekitar 15% seperti yang dinikmati kalangan pelabur Bank Rakyat memang tinggal harapan sahaja. Tetapi yang pastinya lebih tinggi daripada dividen ASB 2011.

UPDATE! Dividen ASB 2012 (7.75 sen) + Bonus ASB 2012 (1.15 sen)

Agihan ASB 2012 ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? UPDATE : Dividen (7.75 sen) + Bonus (1.15 sen)!
KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB 2012 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun 2011. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus ASB 2012 sebanyak 1.15 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.
“Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.
Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. [Sumber :  BERNAMA]
P/S : Nampaknya sangkaan kami meleset untuk mendapat sekurang-kurangnya 9 sen seunit bagi dividen ASB 2012. Walaubagaimanapun, bak kata Tun Ahmad Sarji yang pentingnya lebih tinggi daripada tahun 2011 & tertinggi dalam tempoh 5 tahun. Mungkin pelabur ASB boleh cuba “mengharapkan” untuk tahun 2013 pula…