PETUA MUDAH TAMBAH SUSU BADAN

Ramai ibu-ibu mengadu kering susu walaupun baby baru berusia tiga bulan kan? Masalah kering susu ni InsyaAllah boleh diatasi dengan cara yang betul.

Jom tengok petua tambah susu badan cara mudah dan murah..

1. Kerap menyusu
Semakin kerap kita menyusukan bayi, semakin kuat ransangan dan semakin banyaklah susu yang akan terhasil. Galakkan bayi kita menyusu lebih kerap contohnya antara 10-12 kali dalam masa 24 jam. Ini akan meransang hormon prolaktin dalam badan menghasilkan lebih banyak susu. Satu lagi, jangan stres!! Tenangkan fikiran dan banyakkan berzikir semasa menyusukan bayi ;)

2. Amalan tradisi
Boleh juga cuba petua orang2 lama seperti makan ulam (pegaga, peria, jantung pisang, sawi, lobak putih dll) atau juga ikan yu. Petua ni tak semestinya dari orang Melayu saja, anda juga mungkin boleh cuba petua kaum Cina atau India asalkan ianya halal dan baik.


3. Makan herba
Antara herba yg cukup femes untuk menambah susu ibu ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna, kemudian keringkan. Simpan dalam bekas bertutup. Makan sesudu halba setiap hari. Herba lain yang terkenal ialah jintan hitam atau juga habbatus sauda. Herba 'orang putih' tak kurang hebatnya juga, alfalfa terkenal sebagai milk booster yg dapat meransang penghasilan susu ibu.

4. Minum air ikut keperluan
Untuk menambah penghasilan susu, pengambilan air mesti dititikberatkan. Penting untuk kita minum air ikut keperluan tubuh. Susu terhasil daripada air, jadi lebih banyak anda minum air, lebih banyak susu dihasilkan. Minuman lain yg boleh di amalkan ialah susu, air soya dan jus oren!


5. Posisi yang betul
Kemungkinan susu tidak terhasil dengan baik ialah cara perlekapan bayi tidak betul. Dapatkan tunjuk ajar dari bidan, jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang betul.

6. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan boleh didapati dari farmasi berdekatan tetapi tidak begitu digalakkan. Ini kerana sesetengah ubat seperti domperidone atau maxalone boleh beri kesan sampingan kepada ibu. Ubat seperti ini biasanya hanya disyorkan kepada ibu yang ingin menyusukan anak angkatnya.

Ramai ibu yang salah faham bahawa, selepas makan suplemen susu akan terus keluar melimpah ruah. Saya ingatkan, tanpa ransangan mencukupi, air yang mencukupi, usaha anda akan sia2.. Apa jenis galagtagogue yg anda ambil, konsep 'demand and supply' wajib di usahakan terlebih dahulu..



Entri menarik lain: