Che’gu Berahim sedang
mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa,
Che’gu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu
bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti
sedang mengayuh basikal. Che’gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang
pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che’gu
Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. “Woiiii Man, apa sebab kau
berhenti ni hah”. “Oh Che’gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che’gu,
sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.