APA DALAM "Air Lelaki"


Assalamualaikum dan selamat petang para pembaca yang dihormati. Pada post kali ini kami nak ceritakan pula berkenaan Kandungan Air Mani..Artikel ini kami jumpa sewaktu membaca majalah maskulin. So sesiapa yang belum beli majalah maskulin, pergi la ringankan tangan..banyak informasi menarik dalam majalah ni.


Mengikut buku ini, Air mani adalah sejenis cecair ajaib yang merupakan hasil penat lelah lelaki selepas masturbasi. Penghasilan air mani menandakan bermulanya akil baligh pada budak lelaki, ketika badan mula menyaksikan pertumbuhan dan perkembangan yg mendadak - terutamanya di organ seksual. Ejakulasi (orgasme yang diikuti dgn pancutan air mani) biasanya bermula seawal umur 12 ke 13 tahun. 

Apakah yg terkandung di dalam cecair putih yg kita panggil air mani ini?



Sebahagian daripada kita mentafsirkan air mani mengandungi sperma sahaja, anda salah... sperma hanya mewakili 10% daripada hasil ejakulasi kita. 10% itu mewakili 200 juta hingga 500 juta sel sperma (mungkin lebih tinggi pada lelaki yg lebih muda) yang terhasil daripada produksi matang hormon androgen seperti testosteron, yg akan menambahkan pertumbuhan bulu badan dan penggarauan suara. Hanya satu sel sperma ini sudah cukup utk bersenyawa dengan sebiji telur dan menghasilkan bayi.


Selebih 90% merujuk kepada plasma seminal. (Plasma ialah cecair yang membawa pepejal terampai, sama seperti darah membawa sel darah dan semen membawa sperma). Komposisi plasma seminal bergantung kepada individu. Ia mengandungi sehingga 30 bahan, sebahagiannya dihasilkan oleh bahagian2 berlainan dalam badan dan sebahagian lagi ialah hasil sampingan daripada fungsi badan. Ini termasuklah:


• asid askorbik (vitamin C)
• antigen kumpulan darah (sistem immune)
• kalsium (mineral)
• klorin (agen pengoksidaan)
• kolestrol
• choline (sebahagian drpd vitamin B complex)
• asid sitrik
• kreatin
• deoxyribonucleic acid (DNA)
• fruktosa
• glutathione (peptide amino acid)
• hyaluronidase (enzyme)
• inositol
• asid laktik
• magnesium (mineral)
• nitrogen
• phosporus
• potassium
• purine
• pyrimidine
• pyruvic acid
• sodium
• sorbitol
• spermidine
• spermine
• urea
• uric acid
• vitamin B12
• zinc



Jumlah penghasilan bahan di atas mungkin banyak atau sedikit bergantung kepada beberapa faktor. Contohnya, jumlah asid laktik mungkin meningkat banyak selepas bersenam, kerana ia merupakan hasil sampingan daripada aktiviti muskular. (Asid laktik ialah penyebab kepada kepenatan pada otot ketika bersenam). Makanan juga akan mempengaruhi komposisi kimia dan rasa air mani. Namun begitu, HIV tidak terkandung dalam spermatozoa, tetapi pada plasma seminal.


Plasma seminal ialah sebahagiannya terdiri daripada cecair kaya fruktosa - terhasil oleh vesikel seminal yang menyediakan makanan buat sel sperma. Vesikel seminal juga menghasilkan prostaglandins, asid lemak tak tepu untuk tindakan hormonal. Kantung prostat menghasilkan cecair yg cair, bersusu dan beralkali yg membolehkan sperma hidup apabila terdedah pada kawasan berasid pada dinding **** dan uterus. Kantung buborethralberbentuk kacang pis (kantung Cowper) pada dasar zakar menghasilkan cecair yg diberi nama "air mazi" atau "pre-cum". Air ini berperanan utk melincirkan uretra (tiub yang terdapat dalam zakar) supaya air mani dapat mengalir dgn lebih lancar - namun begitu sebahagian lelaki tidak dapat menghasilkan cecair ini dalam kuantiti yg banyak. 



Kuantiti air mani sebenar berbeza mengikut individu dan mungkin berbeza dalam individu yg sama pada masa tertentu dalam hidupnya. Genetik memainkan peranan penting dalam menentukan berapa banyak anda dapat pancut. Kebanyakan lelaki berejakulasi sebanyak lebih kurang sesudu air mani. Sesetengah ubat boleh mempengaruhi air mani yg terhasil. Anda boleh rasakan yang lebih lama masa yg anda ambil antara orgasm, maka lebih banyak air mani yg anda hasilkan. Anda mungkin dapat melihat yg sekiranya anda melancap lebih sekali sehari, maka pada kali yg kedua, ketiga dan seterusnya pada hari tersebut, anda akan dapat kurang air mani. Oleh itu, tunggulah satu malam dan perhatikan berapa banyak air mani yg anda hasilkan. "Foreplay" - sentuhan diri anda dgn cara yg istimewa pada tempat yg istimewa, kadang-kadang akan merangsang badan anda utk menghasilkan lebih air mani, kerana kantung reproduktif badan anda (seperti prostat) bekerja lebih keras ketika anda terangsang.


Air mani daripada lelaki yang matang biasanya bersusu atau berwarna putih. Adalah tidak normal utk melihat permukaan kuning pada air mani setelah anda berejakulasi. Air mani dengan coretan merah menunjukkan kehadiran darah. Sekiranya anda sering terlihat darah, tidak perlulah utk rasa panik, tetapi sekiranya ia dalam kuantiti yg banyak, anda harus berjumpa doktor. Perubahan warna yg drastik menandakan kehadiran penyakit dalam badan anda.

Haaaa... bukan main panjang lagi artikle ni..jari kiut miut ni pun dah penat! Bubye..


Entri menarik lain: