Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia. Hari ini kami cuma mahu repost entri sahaja. Bukan sebab kami malas, tetapi sebab kami ada terjumpa suatu artikel menarik dari facebook. Ianya berkenaan dengan luahan seorang rakyat malaysia tentang harga rumah yang kian melambung.
Kawan-kawan tahu tak pada 5 Julai 2013 yang lepas, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan:
(i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun);
(ii) pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan
(iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.
(i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun);
(ii) pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan
(iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.
Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan
hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada
RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga
kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam
membuat hutang, iaitu hutang isirumah penduduk Malaysia adalah 140% berbanding
dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan
Indonesia 38%.
Akibat hutang yang
banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah
19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan
berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013
adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan
untuk membayar pinjaman (hutang).
Persoalannya, kenapa
hutang rakyat penduduk Malaysia tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman
yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja.
Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.
Pertanyaannya, mengapa
harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan penduduk Malaysia terhutang sampai
ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana
barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam
perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana
permintaan melebihi penawaran.
Kami pun hairan kenapa
kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk
kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang
boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam
lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.
Ini kerana kami lihat
harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah
rumah mampu milik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki
rumah jika harga rumah dua tingkat di Bkawan-kawanr Baru Bangi dengan keluasan
20”X70” pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di
Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta
seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta.
Siapakah yang mampu membelinya?
Bayangkan pula kalau ada
hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad
kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal?
Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami
isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa
35 tahun. Jika suami isteri berpendapatan RM5 ribu pun tidak mampu,
bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?
Kami cukup risau dengan
harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan
gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400
ribu. Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank
dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar
ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna
peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar
hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat Malaysia
memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang?
Apabila melihat kepada
masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, kami
terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Kami sedih melihat nasib rakyat
yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan
berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih ‘menyewa’ lagi. Itu belum
lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang
berkelulusan universiti.
Atas masalah harga rumah
yang tinggi ini, kami mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil
tindakan berikut:
i. Turunkan kadar faedah
daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3%
sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan
Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank
hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.
ii. Naikkan elaun
perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih
wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja
swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada
pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.
iii. Kerajaan sendiri
membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi
menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga
membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan
yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat
harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi
melampau.
iv. Menteri Perumahan
yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada
dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.
v. Jika harga rumah
mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga
siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang
boleh dikawal.
vi. Jika harga tanah di
bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak
duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu
disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan
oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan ‘kalau ayam mahal jangan
makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bkawan-kawanr, mahal sewa atau belilah rumah
di kampung’.
Kami yakin jika kerajaan
boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia
dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil
langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.
Mengingatkan tentang
hutang rakyat Malaysia yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka
yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati kami mengeluh. Semoganya tidak
lagi selepas ini.
Sumber facebook Mohammad
Agus Yusoff.
Yang peliknya rumah
pemimpin pemimpin pula bak istana yang begitu mewah.