Pulau Tioman-tempat percutian menarik





Pulau Tioman,Pahang, Malaysia- tempat percutian, perlancongan budget dan menarik.

Hye semua..selamat mengundi 2013..keputusan mengundi dah keluar dah..hehe..jangan stress kalau parti yang kengkawan vote tak menang...


Saya dan isteri ada pergi ke suatu tempat untuk kurangkan stress…so saya  share kan di post INI KALILAH..hehe


Saya nak kongsi beberapa info berkenaan Pulau Tioman yang saya telah lawati pada MEI 2013 yang lepas.. hehe.. sementara masih ingat lagi…mana la tahu kengkawan terasa nak pergi LAIN KALILAH.. so kengkawan boleh la gunakan info yang saya bagi ni.. at least berguna juga pecutian saya untuk kengkawan semua.



So, first of all kengkawan kena tahu yang pulau tioman ni sangat besar.. Saya ada letak kan peta pulau tioman..ada pelbagai tempat persinggahan yang boleh di diami. Antaranya Genting, Paya, Lalang, Tekek, Marine Park, Air Batang, Panuba, Salang.

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.



Tetapi info ini lebih kepada kawasan Salang.. kerana saya tidak sempat singgah ketempat lain di pulau tioman tu..next time, jika ada rezeki dan peluang yang lain, insyallah saya akan pergi melawat lagi.. panjang betul mukadimah dia..hehe.. tak mengapa.. kengkawan boleh skip mana yang rasa tak perlu..


Saya susun ikut flow lagi senang..Dibawah saya ceritakan secara terperincil percutian pakej saya dari Kuantan ke Pulau Tioman untuk 3 hari 2malam (saya guna pakej travelling agent, kalau redah sendiri lagi murah)




1.    Pembelanjaan (Dimulakan dengan Bajet RM900) 


Tiket Bus Pergi (2 orang)= RM33.00
Tiket Bus Balik (2 orang)= RM34.00 
Junk food (bekal 3hari)= RM31.50
Feri Pergi Balik (2 orang)= RM140.00
Pakej Chalet = RM480
   #Pakej chalet includes :
   5 meals (2 breakfast, 1 Pack Lunch, 2 Dinner) 
   1 Life jacket for Snorkelling Trip @ JungleTracking (boleh pilih salah satu)
   Accommodation 3hari 2malam
   Seaview Chalet (Chalet nampak laut )

Makan tengahari di Restoran Nusantara (Endau)= RM8.50 (seorang)
Teksi =RM10
Topi pink= RM15
coklat ferrero rocher= RM30
ice cream=RM2.50
Snorkeling Set (goggle, snorkel, fin )= RM24 (2 orang)
Safety deposit box= RM2
Makan tengahari di Restoran Nusantara (Endau)= RM17.50 (2 orang)
Junkfood lagi = RM5

Total = RM833
Baki = RM67 ( digunakan untuk kecemasan )


2.    Cara pengangkutan

Ada dua cara pengangkutan yang boleh diguna, iaitu naik bus express atau naik kenderaan sendiri.


Pada 29/4/2013, saya naik bus express Transnasional dari Kuantan ke Mersing (turun di MERSING). Sebab ikut cakap orang, kat sana banyak oang yang suka “jagakan” kereta lama-lama..rambut sama hitam,hati lain-lain.. hehe.Bus express saya ni bergerak dari Kuantan->Rompin->Mersing->Johor Bahru->Singpura.


Cara yang kedua adalah dengan kenderaan sendiri. Ada saje parking berbayar dan dijaga 24jam disana..orangtu yang tak nak letak kereta kat tempat berbayar..sebab tu la jadi kes camtu..so ni saya ada ambilkan gambar dan rate parking dia..Parking kenderaan ini terletak betul-betul disebelah jetty Mersing, so kengkawan boleh la decide sendiri, either by bus or vehicle.

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.


Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.


Saya bertolak ke Mersing tepat kul 10.30pg...perjalanan mengambil masa 4 jam lebih....sampai di stesen bus Mersing, saya decide utk naik teksi ke jetty (first time datang ke mersing). Ingat kan jauh sangat la…tak sampai dua minit duduk dalam teksi, pak cik driver tu cakap dah sampai destinasi..upah dia RM10…LORR…nak atau tak, terpaksa la hulur duit RM10..pastu saya try tengok mana bus station saya tadi..rupanya seberang jambatan je…kengkawan boleh jimat RM10 kalau larat nak berjalan kaki 15 minit..orang-orang mersing semua peramah, tanya je jalan ke Jetty or Bus Station, mesti mereka tunjuk kan..hehe


Saya pun segera membeli tiket feri pergi dan balik...(RM 70/pax)...ini saya ada letak No. Telefon BLUEWATER EXPRESS. Tel: 07-7994811 dan 07-7998518 untuk kemudahan kengkawan..

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.


Saya kena tunggu 2 jam untuk menaiki ferry ini..cik adik di kaunter tiket tu cakap, ferry ni memang macam ni, kena tengok air pasang surut. Kalau air surut, ferry tak boleh diguna. Sementara menunggu, ferry sampai, saya merayau-rayau sekeliling jetty ni. Saya terjumpa banyak syarikat agen perlancongan yang menawarkan pakej penginapan. So saya pun decide untuk ambil pakej perlancongan dari sebuah Syarikat Abenajaya. Ni ada no. phone dia: Fida (+6012-7560634).Lebih senang kalau kengkawan ronda-ronda sendiri, dan mencari agen kengkawan sendiri. Masing-masng ada pros and cons sendiri.


Kalau yang nak and adventurous and berjimat, boleh redah sendiri. Saya malas nak mencari tempat penginapan sebab perjalanan naik ferry akan mengambil masa 2jam++..So setibanya dia pulau tioman, dah pukul 7malam. Tak kan nak cari tempat penginapan dalam gelap? Hehe..Owh ada lagi satu, kalau musim cuti sekolah atau cuti am, ada additional fee RM30/room. Kebanyakan chalet disini buat benda yang sama.


So pada pukul 4.00 ptg,saya naik la ferry saya... perjalanan drpd Mersing ke Tioman mengambil masa 2 jam ++ (ikut destinasi perhentian)  dgn menaiki Blue water boat... 



Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

Ferry ni ada beberapa perhentian...ada 5 @ 6 perhentian (Kg.Genting, Kg.Paya, Kg.Tekek, Kg.Ayer Batang, Kg.Salang)...tempat yang saya pilih adalah yang last sekali...Kg. SALANG, tempat ini ialah tempat yang paling dekat sekali dengan pulau2 yg ada coral...


Banyak pelancong yang akan turun di TEKEK. Anda jangan panic kerana Tekek merupakan “Bandar Besar” di pulau tioman..tapi bagi saya tu bukan Bandar..more like pekan kecil yang dijadikan pit stop je..hehe. Kebanyakan makanan akan dibeli di Tekek, so ramai la pelancong dan peniaga yang turun ke tekek bagi mendapatkan bekalan. Naik feri laju blue wave sampai ke Kg Salang pukul 6.30pm. Jalan lenggang kangkung mencari chalet yang dah dibooking pulak sampai 7.00pm.


3.    Penginapan

Disini saya ada sediakan senarai chalet yang ada di Kg. Salang untuk kengkawan buat keputusan.


hmm sila take note ek.. korang leh pilih bedasarkan kemampuan dan keselesaan korang.. sebab kekadang salah pilih chalet pon leh ganggu mood pecutian korang.. kot kot jauh ngan pantai ker, susah nak cuci mata ker, kotor ker.. in case memang time kengkawan pergi tu dah tak banya chalet yg ada.. no choice la ek..hehe


A. Salang Damai

Rate chalet adalah satu malam RM100, so kalo 3 hari 2 malam Rm200 ler.. dia ikot berapa malam yg korang tido situ ek.. chalet ni bersebelahan betul dengan puak puak yg kaki diving.. memang port dia.. sgt besar dan luas la kalo masuk bilk dia.. rasanya kalo x ikot pakej.. leh muat 7-8 orang dalam tu..




Cuma persekitaran chalet ni tak menarik huhu.. tak ada pekerja kot untuk menjaga chalet ni, sebab owner chalet ni macam tak sempat jer.. dia nak jaga chalet, dia nak jual burger, nak jaga kedai runcit dia.. semuanya dia hehehe.. tapi kalau kengkawan suka cuci mata.. mmg kat sini pon ok jer~ (abeh membebel marah bini aku!! haha)



Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

B. Salang Sayang

Salang saying ni bersebelahan dengan Salang Damai.. kawasan dia besar.. tempat dia stragik la.. berhadapan dengan laut tempat orang mandi mandi dan snorkelling.. persekitaran bersih dan cantik..


Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.


rate chalet ni ( rate sewa satu malam) :



bilik standard ( muat 2 org ) Rm70, kipas jer

bilik lereng bukit ( muat 2 org ) Rm80, kipas jer

sea view ( muat 2 org ) Rm100, kipas jer

bilik ada kebun bunga ( muat 2 org ) Rm80, kipas jer

bilik triple ( muat 3 org ) Rm170, ada aircond

bilik family ( muat 4 org ) Rm220, ada aircond
bilik lereng bukit ( muat 2 org ), Rm120, ada aircond




no telefon : zaid – 09-4195020, 09-4195010

no henpon : zaid – 013-7206439

website : www.salangsayangresort[dot]com



C.Salang Pusaka

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

Salang Pusaka ni, persekitaran chalet dia kemas jer, cantik, bersih... macam kat kampong-kampung.. cuma dia tersorok kat dalam, kat belakang chalet Salang Damai.. so memang tak ada yang menghadap pantai. Lepas tu.. ada pula longkang besar.. kalau masa air surut.. waktu petang macam tu, aroma theraphy dia naik.. masyuk... nak muntah pun ada.. patut la biawak banyak... huhu



rate chalet Salang Pusaka ( semua bilik ada aircond ) :




basic ( muat 2 org ) Rm80 satu malam

standard ( muat 2 org ) - Rm 110 satu malam

deluxe ( muat 2 org ) - Rm 140 satu malam

superior ( muat 2 org ) - Rm180 @ Rm250 satu malam

deluxe ( muat 3 org ) - Rm160 satu malam

deluxe ( muat 4 org ) - Rm180 satu malam
basic ( muat 4 org ) - Rm120 satu malam
basic ( muat 5 org ) - Rm130 satu malam
deluxe ( muat 5 org ) - Rm 220 satu malam
family - Rm270 satu malam
banglo ( muat 2 org ) - Rm310 satu malam




no telefon : khalid – 09-4195317, 09-4195034

no henpon :bob – 013-7264057

website : www.salangpusakaresort[dot]com





D. Salang Indah

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

ni pula chalet yang selalu penuh and sentiasa full booked, kadang-kadang sampai sebulan penuh orang book..kawasan persekitaran Salang Indah ni bersih jer, menarik.. tapi tiada orang mandi mandi depan chalet.. tak sesuai nak mandi disini..banyak batu huhu


rate chalet untuk satu malam :



family : Rm170~Rm185 ada aircond

standard ( muat 4 org ) - Rm140~Rm155, aircond

sea view ( muat 2 org ) - Rm120~Rm135, aircond

hill view ( muat 2 org ) - Rm100~Rm120, aircond

basic ( muat 4 org ) - Rm100~Rm120, aircond

basic ( muat 2 org ) - Rm120~Rm130, aircond
basic ( muat 2 org ) - Rm50~Rm60, kipas jer




no tepon : 094195015, 094195039



E. Salang Beach Resort

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

hmm chalet ni asalnya kepunyaan orang melayu.. tapi telah di sewakan utk orang berbangsa lain yg menguruskan.. kawasan nya bersih.. kemas.. so ikot keselesaan korang la ek.. nak atau tak nak.. tu jer



Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.



Ini lah chalet penginapan saya
Pakej penginapan saya berharga RM480
   #Pakej chalet includes :
   5 meals (2 breakfast, 1 Pack Lunch, 2 Dinner) 
   1 Life jacket for Snorkelling Trip @ JungleTracking (boleh pilih salah satu)
   Accommodation 3hari 2malam
   Seaview Chalet (Chalet nampak laut )





F. Ella's Place

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

Ini satunya tempat yang tak guna perkataan resort.. dia guna Place.. pasal owner tempat ni tak ada wat pakej pakej..kalau nak dating, redah jer.. kalo ada kosong ada la.. kalau tak ada, mintak maaf je la.. cari lain hik hik


Bilik paling murah adalah RM50 semalam, ada RM70 dan RM100 utk sea view. Kebiasaanya.. dia lebih prefer mat salleh.. kalau tengok registration book dia, memang penuh nama mat salleh.. kelassss...


Walaupun kawasannya cantik, bersih, banyak bunga.. tp penat nak berjalan ke jeti, nak mandi manda, nak cuci mata.. memang payah.. tempat ni kira paling jauh di hujung pulau..saya tak prefer la sangat tempat ni.. cuma berkenan ngan harganya yg murah.. tu jer..


no telefon : Abd Hashim - 094195004


p/s : kekadang, bilik yg muat utk 2 org tu, leh sumbat 4-5 org gak.. apa ada hal.. korang just nak tido jer kan.. pastu jimat la kalo yg x ikot pakej.. leh share share bayar.. kan~


G. Puteri Salang Inn

Chalet kat Puteri Salang Inn ni ok la.. ramai mat salleh duduk, tempat terceruk kat belakang, bersebelahan ngan Salang Pusaka..

rate chalet :

mara chalet - Rm40 ( muat 2 org ) kipas jer
A Chalet - Rm60 ( muat 2 org ) kipas jer
A Chalet - Rm75 ( muat 3 0rg ) kipas jer
A Chalet - Rm95 ( muat 2 org ) ekon
A Chalet - Rm110 ( muat 3 org ) ekon
A Chalet - Rm150 ( muat 4 org ) ekon



So setelah dapat info tentang chalet ni, jom berbalik kepada cerita saya..hehe. Saya check-in di Salang Beach Resort, bilik no. 2 (betul, betul sebelah kedai makan Salang Beach Resort dan yang PALING PENTING MENGHADAP LAUT). Bilik satu kipas, katil, 2 bantal, 2 selimut, gayung&baldi ,cermin & meja solek.



4.    Makan-makan

Owner tu suruh saya mandi dan terus makan malam. Yang bagusnya tentang pakej adalah semuanya disediakan untuk anda..andacuma bawa badan dan duit je..Breakfast adalah pukul 8.30am, Lunch pukul 12pm,dan Dinner pukul 7pm. 

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.
Inilah makan malam saya..hehe



hampir semua owner chalet kat sini bukan restoran diaorg sendiri.. so senang, kuar bilik jer dah leh jumpa kedai makan.. tp harganya paham paham jer la.. Sebab makanan disini mahal adalah kerana transportation…semuanya perlu menggunakan bot..bahan mentah perlu diambil dari Tekek atau Mersing.  Rasanya pon ikot tekak memasing la ek.. ada ckp sedap.. tp kita rasa x sedap.. kang kita ckp sedap.. org len rasa x sedap.. apa kata korang masak sendiri jer?? Bagi yang tak pernah merasa mahal, ni saya ada meletakkan beberapa jenis makanan dan harga..nilai lah sendiri..hehe.


Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.
menu ni RM8


Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.
menu yg tasteless ni RM11


Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.
RM7 untk mee radna ngan air


Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.
set breakfast RM5 lepas diskaun hehe


Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.
menu ni RM10





Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.
BBQ set for 2 pax- squid 2 ekor, prawn 5 ekor, fish seekor, mix vegetable, tomyam (Total RM60)

p/s : utk makan makan ni.. rata rata kedai kurang memberangsangkan.. tp korang leh try sendiri kalau nak. Saya bawa bekal dari rumah untuk 3 hari tu (sardine, bawang, pisau, roti sebuku, junk food, biskut, air 1.5L x3). Hehe almaklumlah aku ni perut tong..


Selepas saya makan malam, saya decide untuk pusing-pusing Kg Salang, sambil menikmati panorama malam dan angin laut. Tak banyak pun yang boleh dibuat, sebab gelap. Ambil beberapa gambar dan tidur.





Macam dapat hidayah dari langit tak??huhu





Melamar kali kedua……hahaha..Pahtu tersipu-sipu malu lak.



Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.
Tiada idea nak tangkap apa, so selipar pun jadilah!


Pukul 7 pagi 30/4/13, amata aku dengan sendirinya terbuka…excited nak pergi tengok laut…Aku kejutkan bini aku and saya pergi bersiar-siar waktu pagi sementara menunggu breakfast 8.30am.





Amacam…cantik tak view??? hehehe





*Gambar sengaja dikaburkan..hehe


Makan breakfast pukul 8.30am



Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.



Lepas tu siapkan sandwich untuk aktiviti snorkeling di tiga tempat. Tekek (shopping-tax free shop), Marina Park, Pulau Rengis, Monkey bay.  Inilah instructor saya,Micheal Lim nama dia.. dia bagi explanation cara menggunakan goggle, fin, snorkel.


Apa yang perlu dibuat ketika menyelam..JANGAN PANIK..mudah je cakap dia..dia suruh buat macam kita tidur atas katil..tarik nafas melalui mulut secara perlahan dan hembus dengan kuat. Mudah je..sebenarnya panjang lebar dia explain, Cuma malas nak taip.. hehe

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

So selepas tu saya bersiap pergi ke Tekek. Iaitu “Bandar” shopping-tax free shop.Kalau ada yang teringin nak beli souvenier, masa ni la nak ligat sakan. Saya cuma beli ferrero rocher sekotak..bini aku cakap nak bagi ikan makan ferrero rocher…hahhhhhh??? WTH





 Lepas tu saya pergi ke Marine Park. Kat sini la benda2 menarik berlaku. Kalau takut nak menyelam, boleh tengak ikan-ikan comel dari atas je…





Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.


Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.


kalau tak pun boleh la join snorkeling dan tengok ikan cantik macam ni…ada beza taw kalau tengok dari atas dengan feel sendiri dengan tangan sendiri… Best bila kita genggam roti, ikan berebut-rebut datang dekat kita dan gigit-gigit jari supaya kita lepaskan roti.

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

Jangan risau, ikan di marine park ni semua jinak-jinak. Nampak je besar, tapi semua jinak sebab dah biasa dapat makanan dari pelancong..

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

lepas tu kalau ada yang nak tangkap gambar underwater, boleh sewa kamera underwarter RM60. Tak pun boleh beli waterproff cover untuk letakkan smartphone kengkawan..so boleh la ambil gambar underwater nanti..hehe.

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.



So selepas dari tu, saya dibawa pula ke tempat kedua iaitu tempat yang ada banyak coral…Rengis Island. Kat sini banyak gila coral yang cantik-cantik. Tetapikita tak dibenarkan untuk mengambil/mematahkan coral-coraltu sebab coral-coral tu tempat tinggal ikan. So kalau ikan and coral hilang, tak ada lah pelancung…system ekonomi penduduk pulau tioman ni akan tergugat..  


Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.


Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.

Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.


Balik dari snorkeling, mandi-mandi hilangkan air laut dari badan dan pakaian. Kengkawan mesti tertidur sampai malam sebab kepenatan. Tapi kalau yang belum merasa penat lagi, ambil lah peluang untuk berenang-renang di tepi pantai…kengkawan nak tawu apa yang saya jumpa sewaktu  berenang tepi pantai? Tengok ni…



Pulau Tioman, Pahang, Malaysia, tempat percutian, perlancongan, budget, menarik.


Tiram!!! Nak  je aku keluarkan tiram tu dari tempat dia..ala-ala pengutip mutiara…hehe. Tapi aku nasihatkan tak payah la… tiram tu hidup dalam batu..and sebab aku sendiri dah try nak tarik tiram and batu tu..buat patah pinggang jer.. lagi pulak bukannya ada mutiara dalam tiram kecik macam tu..kalau kengkawan selalu tengok national geographic atau post saya yang sebelumnya, mesti kengkawan tahu saiz tiram yang ada mutiara berkualiti..hehe. Lepas penat bersnorkeling balik bilik pukul 7pm, mandi, makan dan berehat-berehat dalam bilik. Saya tertidur dari 9.30pm sampai 7am keesokan hari

 :P


Last day saya disini…so awal pagi macam semalam, jalan-jalan tepi pantai. Aku ada ajak wife aku pergi jungle tracking, tapi dia tak nak. Dia cakap dia takut..Yang peliknya, boleh pulak dia naik
parasailing dengan aku masa di pilau pinang. Hehe.

Saya check out dari chalet pukul 11am sebab ferry saya pukul 11.30am.

Owh sebelum saya terlupa, saya nak berikan beberapa tips yang memudahkan anda kelak. Kena take note sikit..hehe

1.Kedudukan seat kengkawan dalam boat
-Waktu datang PERLU duduk di bahagian KANAN.
- Waktu balik PERLU duduk di bahagian KIRI.
Kalau tak, inilah akibatnya..panas selama 2jam 30minit dalam ferry yang padat


2. Jalan la kaki ke jetty kalau nak jimat RM10 (dekat dan boleh buang lemak..haha)

3. Bawa tali tangsi, mata kail banyak-banyak..tangkap ikan and BBQ (menjala tak dibenarkan sama sekali di semua kampong pulau tioman)

4. Bawa conventional cooker, nasi, sardine, magi, roti (jimat sesangat kalau berfamily)

5.Bawa kereta and park di Tempat yang di sediakan, lagi baik bayar RM11/day dari hilang kereta..hehe

6. JANGAN rosakkan coral..kitadatang sana enjoy-enjoy dah la..hehe

7. Kalau anda sangat bernasib baik, boleh lah tengok penyu atau ikan jerung..hehe

8. Pastikan keselamatan diutamakan; keselamatan harta benda dan nyawa.

9. Cubalah pergi ke Kampung yang lain (selain Kg. Salang), dan merasa sendiri suasana disana. Then cuba ceritakan pengalaman anda kepada saya..hehe


10. Disini tiada banana boat, tiada parasailing, tiada jetski..kalau nak benda-benda macam tu, kena pergi Pulau Kapas  Perhentian, Terengganu

Sehingga berjumpa lagi dengan destinasi menarik yang lain. Sekian



Artikel menarik lain:
Batu Ferringghi, Pulau Pinang