Izwan Lambat


Satu pagi yang damai, Izwan yang terkantoi datang lewat ke sekolah kena soal oleh guru displin.

Guru Displin: Kamu ni selalu lambat ke sekolah kenapa ???

Izwan: Saya bangun lambat Cikgu.

Guru Displin: Kenapa bangun lambat ?

Izwan: Saya tidur tengah malam Cikgu.

Guru Displin: Kenapa kamu selalu tidur tengah malam?

Izwan: Sebenarnya saya lambat pulang dari sekolah kebelakangan ini Cikgu.

Guru Displin: Kenapa pulak kamu lambat pulang dari sekolah kebelakangan nih?

Izwan: Kena denda di sekolah Cikgu.

Guru Displin: Kenapa kena denda?

Izwan: Kerana saya datang lambat ke sekolah Cikgu.

Guru Displin: …….?@#!@#!!!