Lelaki Vs Wanita







Lelaki akan membayar RM20 bagi barang berharga RM10 yang diperlukannya.
Wanita pula akan bayar RM10 bagi barang berharga RM20 yang tidak diperlukannya.

Wanita bimbangkan masa depannya hinggalah apabila dia mendapat suami.
Lelaki tidak pernah bimbangkan masa depannya hinggalah apabila dia mendapat isteri.

Lelaki yang berjaya adalah yang berupaya membuat duit lebih daripada yang mampu dihabiskan oleh isterinya.
Wanita yang berjaya adalah yang berjaya menemui lelaki di atas.

Lelaki yang sudah berkahwin hidup lebih lama berbanding lelaki bujang.
tetapi lelaki yang sudah berkahwin biasanya mempunyai keinginan yang lebih tinggi untuk mati cepat.

Seorang wanita mengahwini lelaki dengan harapan lelaki itu akan berubah, tetapi selalunya tidak.
Seorang lelaki mengahwini seorang wanita dengan harapan wanita itu tidak akan berubah, tetapi dia confirm berubah.

Seorang wanita memberikan kata putus dalam setiap pertengkaran.
Apa sahaja yang disebut lelaki selepas itu walaupun sepatah, bermakna akan mencetuskan satu lagi pertengkaran!