Checklist sebelum bersalin





Hai Assalamualaikum :) ,

Apa khabar anda semua ? Maafkan saya kerana hampir 10 hari saya tidak dapat online kerana masalah gangguan teknikal dengan maxis broadband saya.


Baru hari ni masalah saya di selesaikan. Jadi blog saya ni sunyi sepi dari towkeynya..hi hi hi.

Baiklah, pada post yang lepas saya ada bercerita tentang budget bersalin 2009. Jadi hari ni , saya rasa saya nak sambung sikit posting yang lepas dengan beberapa senarai kelengkapan bersalin yang kita patut ada dalam budget planning kita .

Tidak semestinya 100 % kena ikut tapi budget ni boleh di adjust ikut keperluan masing-masing. Saya cuma berikan beberapa senarai okay..Kita mulakan dengan senarai untuk bayi dahulu ye:
  • Baju lengan pendek 5 helai
  • Baju lengan panjang 5 helai
  • Seluar pendek 5 helai
  • Seluar Panjang 5 helai
  • Stokin bayi
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Napkin( lampin) kain 10 helai
  • Napkin liner ( jika kita menggunakan kain napkin)
  • Diapers pakai buang
  • Minyak untuk sapuan pada bayi utk elakkan kembung perut
  • Tuam bayi
  • Pelapik getah
  • Tilam bayi
  • Berus pencuci botol
Senarai ni hanya untuk keperluan bayi saja dahulu. Untuk ibu-ibu kita sambung pada posting akan datang ye.Mungkin senarai saya ni kurang lengkap sebab anak saya yang paling kecik pun dah 3 tahun :)

Oh ya, sebelum saya terlupa , seeloknya baju dan seluar bayi belilah yang untuk 6 bulan ke atas sebab bayicepat membesar. Rugi jika kita membeli saiz yang kecik sebab nanti sekejap saja dah tak boleh pakai :)