Penyakit lelaki


Assalamualaikum dan selamat pagi. Post kali ini adalah bekenaan dengan penyakit lelaki. Kenapa aku buat post ni adalah disebabkan oleh arwah atuk aku yang menghidapi salah satu penyakit di post kali ini. So alang-alang cari info satu penyakit, lebih baik aku "summarizekan" dan share kepada korang tentang banyak penyakit. Hehe.


Korang sebagai lelaki mesti ingin kelihatan hebat bukan sahaja di mata wanita, tetapi juga di mata lelaki lain walaupun mereka telah berumah tangga dan dikurniakan anak. Tapi, untuk memenuhi definisi lelaki sejati bukannya mudah. Antara kriteria yang perlu dipenuhi ialah keperibadian dan kesihatan yang baik.

Bila bercerita tentang soal kesihatan, ramai lelaki tidak suka berjumpa doktor biarpun masalah yang dihadapi diorang berlarutan sehingga berbulan-bulan atau bertahun lamanya. (betul tak? aku lelaki dan aku cakap betul). Ini sebab sukar menerima hakikat bahawa mereka menghidap penyakit merbahaya terutamanya apabila melibatkan soal kesihatan dalaman.

"Penyakit yang sering dihadapi oleh kaum lelaki kebanyakannya adalah sama dengan wanita.

"Beza di antara keduanya adalah gejala penyakit itu, penerimaan dan kekuatan untuk menempuhinya.


"Berbanding wanita, lelaki lebih mudah mendapat penyakit berkaitan mental atau skizofrenia,"
kata Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mohd. Hussain Habil kepada Kosmo!.

Jelasnya, lelaki yang menghidap penyakit mental lebih sukar untuk sembuh kerana beberapa faktor antaranya tanggungjawab komuniti dan tekanan.
Habil memberitahu, kebanyakan keluarga pesakit enggan menerima skizofrenia sebagai masalah perubatan.

Sebaliknya, mereka percaya masalah itu disebabkan buatan orang, santau dan ilmu hitam. Justeru, mereka lebih selesa berubat dengan bomoh atau guru agama.

"Penyakit ini tidak dapat dirawat dan gejalanya berlarutan sehingga pesakit sukar dirawat," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Skizofrenia

Skizofrenia bermaksud gangguan kimia dalam otak. Seorang psikiatri Sweden, Eugen Bleuler menggunakan perkataan ini buat pertama kalinya pada tahun 1911 untuk menjelaskan keadaan pesakit yang pemikirannya seakan-akan tidak boleh lagi bersambung.

Simptom skizofrenia muncul pada usia 15 ke 35 tahun. Secara gender, lelaki dan perempuan memiliki risiko yang sama untuk mendapat skizofrenia tetapi simptom lebih cepat muncul pada lelaki.

Sekitar 80 peratus pesakit boleh menikmati kehidupan yang selesa dan produktif jika menjalani rawatan jadual yang ditetapkan.

Pesakit skizofrenia lebih ramai membunuh diri jika dibandingkan dengan populasi umum. Dianggarkan 10 peratus pesakit (terutama lelaki muda) membunuh diri.

Skizofrenia boleh terjadi dalam keluarga. Risiko mewarisinya bagi mereka yang memiliki keluarga terdekat mengalami skizofrenia adalah 10 peratus, manakala 40 peratus bagi mereka yang memiliki ibu bapa atau kembar yang menghidap skizofrenia.



So tamat sudah cerita tentang skitzofrenia. Sekarang cerita pula tentang penyakit kedua..Kalau tgk gambar yang aku sertakan pun dah dapat agak kan?



Penyakit jantung

Nisbah lelaki yang menghidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita dilindungi oleh sejenis hormon iaitu estrogen.

Hormon ini berfungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan menghidap sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki.

Namun bagi wanita yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.



Penyakit yang last ni ngeri sikit... sebanyak 2.6 juta rakyat malaysia mengidapai penyakit ni (ake pergi bengkel and ado orang bagi tahu angka ni masa bengkel tu). Ada yang sampai kena potong anggota badan sebab dah terlampau kronik sangat. Penyakit ketiga adalah......



Kencing manis dan darah tinggi

Kebanyakan pesakit yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Penghidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan hormon insulin di dalam badan.

Akibatnya lemak di dalam badan sukar diproses dan salur darah menjadi sempit akibat kekurangan bekalan darah ke jantung. Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekerja lebih teruk dan menjadikannya lebih besar.



Penyakit keempat pula adalah kanser...kanser ni berlaku pada kedua-dua golongan. Tak kira jantina, Tak kira umur, Tak kira bangsa, Tak kira agama.


Barah

Antara penyakit barah yang lelaki hadapi termasuklah barah paru-paru (COPD), barah darah (leukemia), barah ginjal, barah prostat dan kolorektal.

Barah prostat berlaku disebabkan terdapat perubahan gen dalam badan lelaki sehingga menyebabkan kelenjar-kelenjar prostat membiak secara abnormal. Barah kolorektal pula merupakan barah yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan lelaki.

Penyakit seterusnya adalah mati pucuk..bukan tunas daun pokok depan rumah taw! Ini penyakit bahagian sulit.




Disfungsi Ereksi (ED)

Disfungsi ereksi atau impotens adalah ketidakmampuan untuk memula dan mempertahankan ereksi. ED selalunya dikaitkan dengan penuaan dan psikologi lelaki. Namun berdasarkan kajian demi kajian, pakar mendapati, ia satu salah faham yang perlu diperbetulkan.

Masalah psikologi atau dipanggil psikogenik, bukanlah penyumbang besar kerana ia hanya penyebab sekitar 20 peratus kepada ED di kalangan lelaki.

Masalah sebenar lelaki atau baki 80 peratusnya adalah disebabkan oleh masalah kesihatan lelaki itu sendiri.

Haa...banyak betul penyakit yang lelaki boleh hadapi, so korang kena la cegah dari sekarang. Sentiasa amalkan gaya hidup sihat, makan buah, sayur, sentiasa bersenam. Okay..bubey..


Sumber: kosmo