Seorang kanak-kanak lelaki dikatakan mempunyai mata seperti kucing. kanak-kanak itu dipercayai mempunyai keistimewaan tersendiri kerana memiliki sepasang mata yang istimewa seperti mata kucing.
Pengamal perubatan barat telah dikejutkan dengan penemuan ganjil pada seorang kanak-kanak di negara China yang bernama Nong Youhui.
Kanak-kanak ini memiliki sepasang mata biru yang mempunyai keistimewaanya tersendiri. Mata biru tersebut mampu melihat di dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti mata kucing ketika disinari dengan cahaya lampu suluh.
Ketika Youhui berumur 2 bulan, ayahnya Ling baru menyedari yang anaknya itu memiliki mata yang berbeza dari bayi-bayi lain.
Hasil pemeriksaan di hospital terdekat, doktor mengatakan tidak ada yang perlu dikhuatirkan mengenai keganjilan tersebut.
Mereka menganggap mata Youhui akan kembali normal serta berubah menjadi hitam semula jika dewasa. Tetapi hingga sekarang belum terlihat adanya perubahan.
Ketika diuji secara terus oleh Pakar mata yang datang dari barat, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap seperti seekor kucing. – MPP Online