LOS
ANGELES - Sekumpulan saintis Universiti California, Amerika Syarikat (AS)
mendakwa, memakan banyak cili dapat menurunkan berat badan kerana sayuran
tersebut dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membakar lemak, lapor sebuah
akhbar semalam.
Penemuan
itu berdasarkan hasil kajian terhadap 34 sukarelawan lelaki dan wanita yang
dihidangkan lada kurang pedas atau perisa tiruan cili.
Kajian
itu mendapati pembakaran tenaga dalam badan kumpulan sukarelawan yang memakan
banyak cili adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang
diberikan makan perisa cili tiruan. - Agensi