Unik motosikal tandas di cipta di Jepun, pelik-pelik jer jepun ni. Sebelumn ini dari tao juga ada mengeluarkan artikel motosikal yang bergerak menggunakan tenaga yang di janakan menggunakan najis.
Semalam Syarikat pengeluar motosikal tandas di Jepun menyatakan motosikal tersebut boleh bergerak sejauh 300 kilometer (km) jika diisi penuh dengan najis dan kumbahan haiwan.
Motosikal itu mempunyai tiga roda dan mempunyai mangkuk tandas di tempat duduk.
Namun, pihak pengeluar motosikal itu, TOTO menyatakan orang yang menunggangnya tidak mengeluarkan najis untuk membolehkan ia bergerak.
"Minyak bio yang dijadikan bahan bakar itu tidak dihasilkan daripada najis manusia.
"Ia adalah daripada najis dan kumbahan ternakan," kata jurucakap syarikat tersebut, Kenji Fujita.
Motosikal itu dipamerkan di bilik pameran syarikat tersebut di pinggir Tokyo.
Menurutnya, para pelanggan amat berminat dengan kenderaan tersebut dengan sebahagian mereka merakamkan gambar.