Rasanya telefon bimbit sekarang atau telefon pintar sekarang ni kebanyakkan mesti cepat kehabisan bateri bukan? kalau selalu online atau bermain game, mesti lagi cepat bateri habis. Ini mungkin menyusahkan jika ada kecemasan tapi telefon bimbit tidak dapat buat panggilan sebab kehabisan bateri. Oleh itu, terdapat gajet yang dicipta iaitu telefon bimbit yang dapat tahan lama iaitu tak perlu caj selama 15 tahun. Baca selanjutnya..
BARCELONA – Tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana telefon pintar anda kehabisan bateri? Jangan bimbang, Xpal ada penyelesaiannya.
Telefon bimbit baharu firma berkenaan, SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA.
Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang.
“Ini bermakna saya boleh mematikan telefon ini dan menyimpannya di dalam laci atau kompartmen kereta contohnya, se lama 15 tahun dan jika saya di timpa kecemasan dan perlu membuat panggilan, gajet ini sentiasa boleh digunakan,” kata pengarah Xpal, Alan Cymberk noh pada pameran Kongres Mo bil Sedunia 2013.
Pengguna juga katanya, tidak perlu berlanggan dengan pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi ia masih memerlukan kad modul identiti pelanggan (SIM) jika mereka mahu membuat panggilan biasa.
“Setahun sejak versi pertama dilancarkan, jualan telefon ini amat memberangsangkan di Amerika Syarikat,” ujar Cym berknoh
Model terbaharu telefon itu boleh menghantar lokasi pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat. – Kosmo Online