Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog kami, hari ini kami nak meluahkan rasa ketidakpuashatian kami! Ini adalah berkenaan dengan harga kereta. Ini aku nak beritahu ni kepada semua parti politik. Tak kisah la sesiapa yang dapat jadi kerajaan nanti;
TOLONG la turunkan harga kereta YANG BOLEH DIBELI OLEH RAKYAT BIASA!!
Cuba tengok macam penurunan harga motor haritu...memang la korang bermanifesto nak turunkan harga motor, tapi lastly turunkan harga motor berkuasa besar SAHAJA, yang price range around RM50,000-RM80,000 !
Siapa yang mampu beli 50k? 80k? Rakyat biasa atau kroni-kroni korang? Kalau RM50k, lagi baik rakyat beli kereta sebijik...Kalau fikir logik, sah-sah la rakyat takkan beli motor yang RM50k sebuah tu...
Ni pula datang manifesto baru, nak turunkan tax kereta 20% setiap tahun. Jadi dalam 5 tahun, harga kereta adalah harga tax free.
Contoh Manifesto (yang diwar-warkan)
MyVi sekarang RM 40k.
Tahun pertama jadi RM32k (Lepas turun)
tahun berikut -20%
tahun berikut-20%
tahun berikut-20%
tahun last jadi RM20k
Tapi kalau lepas PRU13 nanti, tolong la kurangkan harga kereta yang selalu diguna oleh rakyat. JANGAN pulak g kurangkan harga kereta mewah (RM300,000-RM2,000,000)
Camtu takde gunanya jadi kerajaan.....menolong orang yang sememangnya mampu beli kereta utk menambah koleksi kereta..huhu
Buang masa je aku taip panjang-panjang, bukannya korang baca blog aku pun. Bubye.
Sumber: diri sendiri dan berita harian