Assalamualaikum dan selamat tengahari, mula-mula memang tak tergerak nak buat entri ni, tapi sebab kenangkan ada seorang hamba Allah ni (diri sendiri) dan beberapa kenalan lain yang tak reti siang ikan...erkk tak nak lah kata siapa, hahhaa, nanti takut kena belasah woooo...mati lah aku...shhh diam-diam okay. Bagi mereka2 yang dah pakar..sila duduk diam2...zip molot tu....
Aku akan cerita pengalaman aku sendiri...
Sabtu lepas, aku dan wife aku ada beli ikan bawal putih lima ekor, konon-konon nak masak ikan sweet sour. Lepas beli ikan, kami balik rumah...lepas tu aku pun masuk "sarang" macam biasa..huhuThen my wife panggil aku..."abang, jom la tolong siang ikan ni...". Aku pun cakap dalam hati...."Hah?? Siang ikan??" Aku sendiri pun tak pernah pegang ikan, inikan pula nak siang ikan...
So lepas tu wife aku bagi syarahan 30 minit pada aku tentang siang ikan...siap buat syarahan dan demo siang ikan pula tu..aku pula lupa nak ambil gambar cara-cara wife aku siang ikan bawal tadi. So macam mana nak cerita pada korang tentang siang ikan. Nasib baik la ada pak cik gugel dan beberapa website lain (pinjam gambar aje)....hehe
Siapa yang sepatutnya siang ikan? Orang perempuan atau orang lelaki? Hmmmm...bagi pendapat aku,kedua-duanya perlu tahu cara siang ikan. Macan kes memasak juga, wife aku gerenti tahu memasak, dan aku juga tahu memasak..cuma kurang pendedahan di dapur saja..hehehehe. Kalau yang dah kahwin, tapi tak pandai masak, adalah yang nak jeling-jeling kat kita (orang perempuan). So rajin-rajinlah tambah skill diri sendiri.
Mari belajar sama-sama bagaimana nak siang ikan
1 - Mana-mana yang tak tau, itu lah ikan bawal putih harga mengikut saiz ikan, kalau yang saiz sederhana mungkin dalam RM 25 - RM 30 per kg. Pilih ikan yang segar, mata bersinar, insang masih merah dan dagingnya pejal, bila kita tekan perlahan, ia akan menganjal balik.
2 - Lepas tu sebelum kita siang, dan jika anda suka trim sikit sirip-sirip bawal tadi dan juga kerat sikit bahagian ekornya....*zzuppp*(owh wife aku guna gunting ye. Sebab tu bunyinya macam tu)
3 - Wife aku suka siang ikan dengan gunting, mudah cakapnya...suka hati korang lahh nak guna gunting atau pisau..janji ikan tu di siang. Mula-mula kerat bahagian bawah mulut ikan tu, gunting melintang antara 2 insang nya hingga putus. *ketap* (bunyi dia..hehe)
4 -
Then...belah bawah badan dia..*sreeeeettttt*......belah perut ikan guna gunting, belah sampai sampai pangkal perut. Berhati2 jangan tergunting jari pulak...terutama anak-anak dara dan yang baru nak belajar...
5 - Ok, lepas tu baca bismillah dan tarik keluar isi perut ikan tadi bersama insang-insang nya. *ketik**ketik**ketik*..tumpul lak gunting ni...Bab ni jangan lah rasa geli pulak. Keluarkan semua isi perutnya hingga bersih..Keluarkan isi perut saja tau, jangan ko bantai korek abis isi-isi ikan sekali. Buang semua lendir-lendir hitam tu. Hanyir tau hitam-hitam tu. Kalau tak buang yang hitam tu, nanti rasa pahit masakan kengkawan..hehe
6 - Kemudian, cuci ikan bawah air paip mengalir (bukak air kecik je jangan besar2). Cuci bersih segala kekotoran, terutama kesan2 darah bewarna hitam. Jika perut ikan bawal tidak bersih, nanti akan rasa pahit jika di makan kelak. Kemudian boleh lah perap dengan jus limau nipis dan garam untuk 10 minit, kemudian cuci kembali dan toskan...
7 - Akhir sekali jika anda hendak goreng...(Tips wife aku: Untuk ikan cepat masak isinya, belah sedikit bahagian badan ikan. Dua-dua belah sekali). kelar sedikit seperti dalam gambar. Ikan kengkawan dah siap untuk masak...
Sumber gambar: pakcik gugel, DTS-MAT GEBU, IF ibrahim, yongnana