#LAWAK Kantoi Kahwin Lain



Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.


 Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
 Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.


 Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
 Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?


 Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.


Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
 Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.


 Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
 Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.


 Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
 Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi,
drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.


 Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
 Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia
kidal…


Isteri: (@#%($@%)!*@^
Suami: (Dalam hati)Alamak!!