#LAWAK Pelajar Sengal



Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, “Siapa yang pandai membilang?”
Seman mengangkat tangan.

“Betul ke kamu pandai membilang?”
“Tahu Cikgu. Ayah yang ajar.”

“Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?”
“Empat.”


“Bagus. Selepas enam?”
“Tujuh.”


“ Selepas sembilan?”
“Sepuluh…”, jawab Seman.


“Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana mengajar membilang.
Selepas sepuluh berapa?” tanya Cikgu lagi.


Dengan senyum penuh keyakinan, Seman menjawab, “JackQueen, dan King.”