Isteri kena sentuh dengan Dr. LELAKI

tanggungjawab-suami-surat-halang-doktor-lelaki-sambut bayi-steri-bersalin-di-hospital-Isteri-kena-sentuh-dengan-Doktor-LELAKI
Gambar hiasan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca setia. Pagi yang ceria ini kami ingin berkongsi sedikit cerita tentang isteri bersalin dan disambut oleh doktor lelaki. Sebelum itu, kami ada selitkan beberapa comment yang kami jumpa di dalam alam maya.


Keratan daripada Majalah Solusi...
"Paling tidak dapat saya lupakan apabila doktor lelaki yang memasukkan ubat ketika proses induce bagi mempercepatkan kelahiran. 

Walaupun ditemani seorang jururawat wanita, perasaan malu tetap menebal sepanjang proses memasukkan ubat induce itu berlaku. 

Malah, ketika di dalam bilik bersalin pun, saya perasan ada dua orang doktor pelatih lelaki berada berhampiran saya dan melihat aurat saya ketika hampir hendak bersalin!"


Comment dari Facebook..

"Oh! tidak sesekali aku membenarkan doktor lelaki merawat isteriku melainkan dengan kebenaran, itupun jika darurat!  
Jika berkemampuan dapatkanlah hospital yg menyediakan doktor perempuan. Namun, Jika terpaksa...(itulah keadaan daruratnya) Pilihan masih ada, ianya ditangan anda!"




Ini pula Pandangan Kami...
Bersalin dengan mendapatkan rawatan daripada doktor wanita di hospital swasta cajnya agak mahal. Tetapi, jika bersalin di hospital kerajaan bayaran tu berpatutan la, cuma kita tak boleh nak pilih doktor. 

Sebagai suami, confirm kita tak nak isteri kita masa bersalin dan disambut oleh doktor lelaki kan. Apa kata korang?

Hal ini banyak isu yang perlu dikaji sebenarnya. Memang kita terikat dengan hukum fiqh, tapi hukum fiqh juga tertakluk pada situasi dan keadaan semasa (realiti). Realitinya bukan semua doktor wanita boleh terlibat dan mahu menjadi pakar dalam bidang perbidanan. Bahagian-bahagian lain pun memerlukan doktor wanita.

Perkara ini perlu penelitian banyak hal. Berapa jumlah doktor yang ada, berapa jumlah doktor pelatih, berapa pengambilan pelajar perubatan dalam setahun. Lihat juga berapa ramai doktor perempuan berbanding lelaki. Lihat pula kecenderungan bidang masing-masing. Bidang apa yang paling kritikal.

Tak terkecuali juga, berapa kos yang dikeluarkan untuk membiayai pengajian menjadi seorang doktor. Lagiun, kalau di hospital swasta sekalipun, belum tentu lagi kita boleh dapat khidmat doktor perempuan.

Kami faham, perempuan sebolehnya mahukan doktor perempuan. Tapi kalau masalah 'syahwat' dibangkitkan ketika doktor lelaki melihat aurat wanita yang hendak bersalin....kita boleh persoalkan - TETAPI lelaki mana yang bernafsu syahwat melihat keadaan bersalin yang menyakitkan, beserta darah yang banyak keluar...NGERI. Nampak mudah, tapi panjang lebar perbincangannye...

Walau macam mana pun keadaannya, semuanya terletak pada pilihan anda. 


Tahniah...
Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat kami iaitu Yazif kerana telah menjadi seorang bapa pada pukul 12.30am ,17hb Sep 2013 yang lepas. Beliau dikurniakan anak lelaki seberat 3.30kg. Kalau tak silap bersalin di Taiping Perak. Mudah-mudahan anak beliau akan anak yang soleh, Insyaallah


Tanggungjawab...
Tanggungjawab seorang suami adalah menjaga aurat dan maruah isterinya..Jadi apa yang kawan kami buat adalah mengeluarkan surat kepada hospital terbabit.



tanggungjawab-suami-surat-halang-doktor-lelaki-sambut bayi-steri-bersalin-di-hospital-Isteri-kena-sentuh-dengan-Doktor-LELAKI
[siapa ingin copy ayat surat ini,dipersilakan]



Mudah-mudahan dengan surat ini, anda dapat menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang suami.

Kalau ada kawan-kawan yang nak tahu lebih lanjut tentang bayi, kehamilan, dan apa sahaja berkenaan keluarga, sila lah visit ALL three website listed below. All three of them are doctors and have their own webpage. 
  1. Pak Bidan (dah 43 tahun jadi doktor, cuma susah nak tanya soalan sebab dia always busy)
  2. Dr. Zubaidi (jadi Dr dari tahun 1990an, menjadi penulis tetap utk majalah anis sejak 2011, YOU ASKED-HE ANSWERED, senang nak berkomunikasi)
  3. Dr. Totin (Baru jadi doktor 4 tahun, a happy go lucky gurl, used to involved in MODELLING, skrg baru nak serious dalam DOCTORING, aint it cool?? A doctor that multitasking in modelling)