Scooter Boleh Lipat Pertama Dunia

Fold-able-Electric-Scooter

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua. Tadi kami ada jenjalan dalam satu website dan terjumpa suatu artikel menarik berkenaan Foldable Electric Scooter-Moveo.

Artikel asalnya adalah dalam bahasa hungary. Tetapi kami translate kedalam bahasa malaysia dengan bantuan Tan Sri Google

Fold-able-Electric-Scooter

Moveo adalah scooter rekaan Antro Group, iaitu sekumpulan designer dari Hungary. Antro group dah cuba menghasilkan electric scooter yang boleh dilipat sejak dari tahun 2008. Tetapi baru sekarang mereka telah berjaya mengeluarkan satu prototaip yang berfungsi sepenuhnya dan diberi nama Moveo.

Moveo adalah scooter agak ringan tetapi padat. Beratnya cuma 25kg dan boleh mencecah kelajuan sehingga 45 km/h. 

Fold-able-Electric-Scooter


Scooter electric ini adalah mesra alam dan suatu design yang futuristik. Mungkin kita nampak scooter ini terlalu comel dan tidak selaju seperti scooter biasa, tetapi jika difikirkan masalah kesesakan di bandar-bandar besar, semestinya kereta dan motosikal lain akan menghadapi masalah ini. 

Akan tetapi, scooter comel ini dapat mengatasi masalah ini dan masalah tempat parkir adalah perkara kecil baginya. Ia juga dapat mengelak kejadian kecurian kerana kita boleh menyimpan scooter ini di dalam ruang pejabat kita.

Menarik kan rekaan scooter elektrik ni? Jom beli sebuah! Huhu..

Sumber asal: Antro Group