Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Raya dah menjelang kembali
Semua pasti maklum apabila menjelang musim cuti perayaan:
- jalan raya pasti sesak dengan kenderaan (perkara biasa musim cuti)
- kemalangan berlaku di merata tempat (moga kita di elakkan dari musibah)
- silap haribulan, saman ekor atau saman AES akan sampai ke rumah..huhu
Kami pun tidak terkecuali dari perkara-perkara di atas, jadi kami mencari maklumat dan membuat persediaan lebih awal. Hari ini kami ada satu berita baik bagi pengguna Android. Satu aplikasi telah dicipta oleh warga Malaysia yang membolehkan peranti android korang mengesan lokasi kamera AES berada.
Aplikasi ini boleh mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta anda sewaktu memandu di lebuhraya..
Ia juga akan membunyikan signal amaran sebaik saja kereta anda memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut.
Yang paling best.., aplikasi AES Detector ni FREE je beb.. kalau anda tak ada sofware adobe AIR .. install yang ni dulu ..lengkapkan resepi-resepinya.. lepas itu pasang lah.. hehehe..
Jadi dapatkan aplikasi AES Detector . Selamat mencuba, selamat menyambut hari raya disamping keluarga tercinta, berhati -hati dijalan raya. Bubye..
Entri menarik lain: