Pages

Bayi besar sebab obimin…betul ke?




Saya teringat masa mengandung dulu ada orang kata makan obimin boleh buat kita susah nak bersalin.

Kata mereka nanti bayi kita besar dan susah nak keluar? Pelik juga tapi mesti ada sebab obimin ni doktor suruh makan.

Sebenarnya makan obimin takkan buat bayi besar. Obimin ni suplemen untuk memastikan kandungan kita sihat dan cukup khasiat untuk pembesarannya.

Walaupun kita mungkin makan makanan yang mengandungi khasiat yang terdapat dalam obimin tapi ia mungkin tidak mencukupi.

Bayi yang besar mungkin di sebabkan ibu yang mengandung mengidap kencing manis atau kandungan gula yang tinggi dalam darah.

Berhati-hati lah juga dengan pemakanan waktu mengandung kerana terlebih mengambil makan yang terlalu banyak gula menyukarkan kita bersalin.

Bukan saja berat kita naik dan susah untuk slim semula malah boleh mengundang masalah bayi besar, kencing manis atau kita mungkin terpaksa bersalin secara ceasarian. Sebaik-baik bersalin ialah secara normal kerana lebih mudah menjaganya waktu dalam pantang.